gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isyariana Akui Trauma Untuk Kembali Menyanyi Selepas Tersingkir AF2016 - “Saya Memang Suka Menyanyi Dari Kecil”
VIRAL
Kak KM Pilih Untuk Hidup Sederhana - “Aku Tetap Rendah Diri, Beli Barang Dapur Dekat Kedai Aceh”
HIBURAN
Drama Mikro The Girl From The Other Side Of The Galaxy Menang RM100,000 Pertandingan Skrip & Drama Mikro ToYm 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Impian Bakal Jadi Kenyataan, Konsert ‘We 4U2C’ Bakal Menggamit Memori Indah 90an - “Kami Bukan Nak Cipta Sejarah Baharu…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
24/06/2025
14:25 MYT
Sponsor Banner
Impian Bakal Jadi Kenyataan, Konsert ‘We 4U2C’ Bakal Menggamit Memori Indah 90an - “Kami Bukan Nak Cipta Sejarah Baharu…”
Selepas sekian lama menyepi dari pentas utama, kumpulan rap legenda, 4U2C, mengumumkan bakal mengadakan konsert eksklusif yang akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor pada 15 September depan.
Hampir tiga dekad tidak membuat persembahan di pentas besar, konsert yang diberi nama WE 4U2C merupakan platform terbaik buat kumpulan ini kembali membuat 'comeback' bagi mengubati kerinduan peminat.
Kumpulan yang pernah mencipta fenomena dalam dunia hip-hop Malaysia pada tahun 90-an dahulu kini kembali dengan tenaga baharu sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan keunikan persembahan mereka secara langsung.
Mengangkat tema Bringin’ Back Da 90’s Flava, konsert ini bakal menggamit memori indah gaya dekad 90-an sewaktu nama 4U2C sedang meningkat naik.
Menurut anggota kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal, konsert yang dianjurkan kali ini tercetus hasil daripada idea isterinya, Datin Emylia Rosnaida dan menganggap tawaran daripada pihak Juss Event Sdn. Bhd. tiba tepat pada masanya.
“Konsert ini sudah menjadi salah satu impian saya dari dulu lagi, idea tercetus oleh isteri saya sendiri dan kemudian pihak Juss Event menawarkan tawaran untuk kumpulan 4U2C adakan konsert kami sendiri.
“Bagi saya itu macam impian jadi kenyataan, saya bersyukur sangat peluang ini datang pada masa yang tepat.
“Saya dan ahli kumpulan lain janji akan memberikan persembahan yang terbaik buat mereka yang hadir pada malam konsert itu nanti,” katanya.
Bukan mahu mencipta sejarah, sebaliknya objektif kumpulan ini adalah untuk menjadi trendsetter buat penyanyi mahupun kumpulan muzik lain.
Jelas AC, Malaysia mempunyai ramai penyanyi berbakat dan berkualiti, jadi konsert 4U2C ini akan menjadi momen untuk membuktikan perkara tersebut.
“Kami bukan nak cipta sejarah baharu, sebaliknya objektif kami adalah untuk jadi trendsetter dengan kembalikan sejarah dahulu. Inilah peluang untuk kami comeback, bukan untuk terus berada dalam pasaran cuma nak tunjuk yang kami boleh jadi
trendsetter.
“Kumpulan 4U2C adalah kumpulan pertama yang tampil berbeza dengan menyanyi sambil menari, jadi untuk konsert kali ini juga kami akan lakukan perkara sama.
“Kita nak tunjuk dalam Malaysia ini sebenarnya memang ada artis yang berkualiti dan bukan sekadar menyanyi semata-mata namun boleh menghiburkan,” jelasnya.
Sementara itu, AC memberitahu kumpulan 4U2C juga akan melancarkan tiga buah single baharu untuk tahun ini.
Malah, AC berkata, lagu-lagu yang dikeluarkan akan menampilkan sisi baharu
kumpulan itu yang seiring dengan peredaran zaman.
“Memang kita akan lancarkan tiga lagu baharu iaitu satu genre balada manakala lagi
dua lagu yang rancak mengikut peredaran muzik masa kini.
“Kami mahu tunjuk sisi baharu kami buat pendengar zaman sekarang. Lagu ini juga
saya harapkan boleh dinyanyikan bersama-sama peminat sewaktu 4U2C buat persembahan nanti,” ujarnya.
Bukan sekadar sebuah persembahan muzik, konsert We 4U2C ini juga dilihat sebagai
satu penghargaan kepada legasi yang ditinggalkan mereka dalam landskap muzik di Malaysia.
Selain AC, 4U2C mempunyai enam ahli lain iaitu Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.
Dengan gubahan yang lebih segar, visual moden dan penceritaan perjalanan seni mereka, konsert ini dijangka menjadi satu lagi fenomena yang bakal tercipta.
Sementara itu, komposer terkenal iaitu Aubrey Suwito bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengarah muzik bagi konsert WE 4U2C dengan dibantu barisan pemuzik profesional dan berpengalaman dalam industri.
Konsert WE 4U2C yang dianjurkan oleh Juss Event Sdn. Bhd. ini mendapat kepercayaan serta tajaan daripada syarikat Millennium Group.
Manakala syarikat Giant Malaysia merupakan rakan kongsi bagi pengaktifan runcit serta Uncle
Jack sebagai rakan rasmi bagi makanan dan minuman.
Selain itu, konsert ini turut menerima sokongan daripada stesen radio Era, Sinar, Gegar dan Mix sebagai rakan radio rasmi, manakala Astro Gempak sebagai rakan kongsi media digital rasmi bagi membantu mempromosikan acara ini kepada khalayak.
Harga tiket WE 4U2C ini bermula daripada RM155 (Berpisah Jangan), RM355 (Kembalilah Fiona), RM455 (Video Games), RM505 (Kami Rappers) dan RM555 (Fiona) bagi tingkat bawah.
Manakala harga tiket bagi tingkat atas pula, RM255 (Kenangan Cinta & Persahabatan), RM355 (I Miss U), RM405 (Dusta) dan RM505 (Dynamite).
Tiket tersebut akan mula dijual pada 30 Jun ini, melalui platform Ticket Empire dan Fantopia.
Malah selain pembayaran melalui perbankan dalam talian, peminat juga boleh membeli tiket dengan kaedah ‘beli dahulu bayar kemudian’, menerusi Atome, Pay Later by Grab dan Shopee Pay Later.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Juss , manakala bagi perkembangan semasa mengenai konsert boleh lawati media sosial Juss.Events di aplikasi Instagram, Facebook dan TikTok.
Manakala untuk perkembangan bagi kumpulan 4U2C boleh lawati media sosial kumpulan ini di Instagram dan TikTok.
Topic Berkaitan
#4U2C
#Konsert 4U2C
#We 4U2C
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement