,
Laman Utama

Impian Alif Satar & The Locos Tercapai, Konsert Pertama Diiringin Malaysian Philharmonic Orchestra - “Ada Syarat Kami Berikan Sebelum…”

Asyikin Mayudin
27/07/2023
11:48 MYT
Penyanyi Alif Satar dan ahli kumpulannya iaitu The Locos tidak menjangka akan menerima tawaran untuk mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas pada 28 Ogos depan.
Menganggap ia satu pengiktirafan, Alif memberitahu pengurusnya memaklumkan mengenai tawaran itu ketika dia sedang mengerjakan haji pada Jun lalu.
“Saya terima panggilan telefon daripada pengurus sewaktu mengerjakan haji dan dimaklumkan berita gembira mengenai tawaran daripada DFP.
“Saya kata ‘wow’ sebab panggilan macam ini, hanya penyanyi-penyanyi seperti Siti Nurhaliza saja akan dapat. Kalau di AS ada Walk Of Fame, DFP pula ibarat satu pengiktirafan buat penghibur tempatan," katanya kepada Gempak.
Menurut Alif lagi, sepanjang terlibat sebagai anak seni sejak 2006, memang dia tidak mengharapkan sebarang anugerah namun jauh di lubuk hati ada impian mahu mengadakan persembahan di DFP.
Alif atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, turut bersyukur apabila permintaannya agar persembahan mereka diiringi oleh Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) turut mendapat persetujuan daripada DFP.
“Ada syarat kami berikan sebelum bersetuju buat persembahan di DFP iaitu kami mahu band Alif Satar & The Locos turut diiringi MPO. Jadi, seminggu jugalah kami kena tunggu jawapan.
“Ingatkan dalam tempoh tu dah tak ada peluang nak buat persembahan lagi. Akhirnya kami berjaya dan ini adalah keberkatan doa di sana (Mekah),” ujarnya.
Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With MPO bersempena sambutan ulang tahun jubli perak dewan berprestij berkenaan akan dikendalikan oleh pengarah muzik Ahmad Muriz Che Rose.
Selain Alif anggota lain akan turut menjayakan persembahan itu ialah gitaris, Tam Cobain; Efry Arwis (basis); Rajwan Juni (dram), dan Faliq Auri (saksofon).
Mereka juga akan diiringi kira-kira 60 ahli MPO.
Untuk rekod, Alif Satar & The Locos yang ditubuhkan pada 2018 sudah membuat pelbagai persembahan di dalam dan luar negara, termasuk Singapura dan United Kingdom.
ARTIKEL BERKAITAN: Fakta Menarik Alif Satar & The Locos Yang Bakal Membuat Persembahan Bersama MPO Di Dewan Filharmonik Petronas!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

“Kita Tak Boleh Mengharapkan Semata-Mata Bahagia & Tidak Boleh Menolak Kecewa” - Alif Teega

gempak
03/09/2024
06:25 MYT
Selepas kontroversi mengenai isu seleweng derma dan kes isteri fail penceraian, setiap hantaran yang dibuat pempengaruh Alif Teega pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”

gempak
02/09/2024
21:55 MYT
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, pempengaruh Alif Teega kekal tenang berkongsi aktiviti seharian selepas berita mengenai isterinya, Aisyah Hijanah yang memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan di media sosial.
Hiburan

“Saya Tidaklah Sempurna, Kadang-Kadang Kekurangan Kita Allah Simpan” - Alif Satar

gempak
30/08/2024
07:55 MYT
Seringkali diberi jolokan sebagai selebriti serba sempurna oleh netizen, pelakon dan penyanyi Alif Satar meluahkan rasa syukur dengan pujian yang diterima.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Belajar Silat Dengan Atlet Kebangsaan, Siap Panjat Tali & Berguling Depan Juri

gempak
29/08/2024
10:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.