HIBURAN
Iman Troye Kunci Mulut, Enggan Ulas Kes Libatkan Naim Daniel - “Saya Minta Maaf…”
Penyanyi, Iman Torye enggan mengulas lanjut mengenai kes amang seksual yang melibatkan rakan baiknya yang juga penyanyi dan pelakon, Naim Daniel.
Jelas Iman, dia memilih untuk mengunci mulut kerana menghormati insan yang sudah dianggap sebagai abang.
“Saya minta maaf, tapi saya pilih untuk tidak menjawab soalan ini.
“Ini adalah untuk menghormati abang saya,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, Naim mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap remaja bawah umur.
Naim didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan.
Pada 4 Jun lalu, media melaporkan penangkapan seorang pelakon dan penyanyi bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.
Mangsa yang berusia 17 tahun itu difahamkan mengenali artis terbabit ketika bekerja di sebuah kafe sebelum mereka beberapa kali bertemu susulan perkenalan itu.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek kemudiannya membawa mangsa berjumpa di sebuah hotel.
Must-Watch Video