HIBURAN
Iman Tang Kongsi Foto Bersama Inteam, Netizen Teka Bakal Ada Konsert Lagi? - “Semoga Urusan Kita Dipermudahkan…”
Perkongsian penganjur, Iman Tang menerusi akaun Instagram miliknya mencetus tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik foto bersama kumpulan nasyid popular, Inteam.
Menerusi hantaran tersebut, ramai yang mula berteka-teki sama ada bakal berlangsung konsert berskala besar melibatkan kumpulan itu sekali lagi.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima Kasih para ustaz-ustaz. Semoga semua urusan kita akan dipermudahkan. InsyAllah. Aminnn.
“Nur Kasih Ke Kasih Di Kasihi,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Lebih menarik, menurut sumber terdekat, difahamkan Iman Tang berhasrat untuk menghimpunkan semula artis nasyid lama yang pernah popular suatu ketika dahulu dalam sebuah konsert istimewa.
“Tapi dia nak bawa artis jemputan nasyid yang bagus dan lama menghilang,” kata sumber tersebut.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut dan peminat diminta menantikan perkembangan lanjut.
Sebelum ini, selepas membuka penjualan tiket sesi kedua, kumpulan nasyid Inteam mencipta rekod tersendiri apabila Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun yang bakal diadakan pada 28 September depan terjual dalam tempoh satu jam.
Terdahulu, Inteam mengumumkan bakal mengadakan konsert sulung mereka di Zepp Kuala Lumpur namun tiket habis dijual dalam masa kurang dua jam sehingga ramai peminat kecewa.
Rentetan sambutan luar biasa itu, lokasi konsert kemudiannya dipindahkan ke IdeaLive Petaling Jaya, Selangor yang mampu memuatkan 5,000 penonton.
Must-Watch Video