,
Laman Utama

Imam Dipukul Lelaki Kurang Siuman Ketika Solat Subuh - “Terdengar Suara Menjerit Dari Arah Pintu…”

Gempak
26/03/2023
22:52 MYT
Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas menyerang seorang imam jemputan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 ketika menunaikan solat Subuh Ahad, kira-kira pukul 6.18 pagi.
Suspek berusia dalam lingkungan 40-an yang berpakaian baju Melayu warna ungu berkain pelikat serta berseluar hitam datang secara tiba-tiba menyerang mangsa dari belakang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian itu berkata, ia berlaku di ruangan solat lelaki masjid berkenaan.
Menurutnya, imam terbabit adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang dijemput untuk mengimamkan solat Subuh pada Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.
"Berdasarkan kronologi kejadian, semasa solat Subuh rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu 'roller shutter’ masjid di laluan berhadapan bank CIMB.
“Lebih kurang 1 minit selepas itu, ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki kurang siuman telah bertindak menolak jemaah belakang dan menuju ke arah imam terbabit.
"Secara serta-merta memukul imam itu dengan selipar yang berada di tangannya. Imam terus mengelakkan diri daripada serangan itu menyebabkan solat dihentikan," katanya.
Sebelum itu, tular satu video menunjukkan kejadian seorang lelaki kurang siuman telah memukul imam di masjid terbabit.
Video berdurasi 30 saat memaparkan tindakannya menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan sepasang selipar berwarna putih.
Wan Mohd Zahari berkata, selepas melihat kejadian itu pihak keselamatan masjid dan jemaah terus bertindak menghalang tindakan lelaki itu.
Jelasnya, lelaki terbabit telah ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Salam Muslim

Hafal Al-Quran Sejak Muda, Mengajar Matematik Di Makkah Antara Fakta Menarik Tentang Sheikh Maher, Penyampai Khutbah Arafah Tahun Ini

gempak
16/06/2024
01:44 MYT
Tahun ini, Sheikh Maher bin Hamad Al-Muaiqly, Imam Besar Masjidil Haram, Makkah, diberi tanggungjawab untuk menyampaikan khutbah Arafah.
Viral

Mbah Benu Minta Maaf Dakwa Telefon Allah Untuk Raya Awal, Kata Istilah Kerohanian

gempak
06/04/2024
14:09 MYT
Mbah Benu tampil memohon maaf dan menjelaskan maksud kenyataan dirinya telah menelefon Allah untuk menentukan hari raya Aidilfitri.
Viral

Rai Syawal Awal, Imam Dakwa Sudah Telefon Allah: “Allah SWT Kata 5 Jumaat”

gempak
06/04/2024
03:20 MYT
Peristiwa ratusan jemaah di Dusun Panggang III, Giriharjo, Kecamatan Panggang, Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia sudah melakukan solat sunat Aidilfitri sekaligus menyambut 1 Syawal pada 5 April 2024 masih menjadi perhatian.
Viral

Budaya Cop Saf Solat, PU Amin; "Masjid Ni Rumah Allah, Bukan Hak Kita"

gempak
25/03/2024
08:55 MYT
Sepanjang bulan Ramadan, sudah pasti ramai umat Islam mengambil peluang beramal ibadah menunaikan solat terawih di masjid. Akan tetapi, menerusi satu muat naik di Facebook, seorang individu menitipkan pesanan terhadap jemaah yang sering kali bertukar-tukar masjid (masjid hoppers) supaya menghormati 'budaya' di 'tempat' orang.  Menurut individu it
Berita

Bayaran Imam Tarawih Di Kelantan Cecah Lima Angka

gempak
26/02/2024
06:55 MYT
Bayaran imam bagi solat tarawih sepanjang tempoh sebulan Ramadan yang mencecah lima angka sudah menjadi kebiasaan di Kelantan