,
Gaya Hidup

Ili Sulaiman Tak Sangka Bisnes Mangkuk Tingkat Di Instagram Jadikannya Popular

Ahmad Shah
04/11/2016
06:15 MYT
Chef Celebriti Ili Sulaiman, tidak menyangka perniagaan mangkuk tingkatnya di laman sosial Instagram (IG) menjadikannya popular dalam bidang masakan.
Ili berkata, sebelum dilamar produksi Astro untuk program Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili, dia menjalankan perniagaan makanan di IG.
“Ramai juga yang menyangka saya pelajar jurusan kulinari selepas terlibat dalam program masakan di Astro Maya HD dahulu.
“Tapi sebenarnya di Universiti dahulu saya belajar dalam bidang perniagaan, tetapi memasak ialah minat saya,” kata graduan Queen Mary University of London ini.
Ili ditemui Astro Gempak ketika Majlis Pelancaran Program Masakan By The Sea with Ili di Cooking House Bangsar baru-baru ini.
Menurut Ili, walaupun mempunyai Ijazah dalam bidang perniagaan namun dia lebih berminat dengan industri masakan untuk dijadikan kerjaya.
“Saya belajar memasak dengan nenek dan semasa sambung belajar di London, saya selalu masak dan jamu kawan-kawan di sana.
“Di sana saya selalu memasak ketika jamuan Hari Raya dan menunya ialah masakan kampung. Paling manis, bila ‘mat saleh’ pun puji makanan kita.
Tak sia-sia ilmu yang nenek curahkan kepada saya,” kata Ili yang baru membuka restoran miliknya sendiri di Bangsar.
Restoran yang dinamakan Agak-Agak itu terletak di Jalan Riong Bangsar dan Ili telah memilih konsep terbuka serta mengetengahkan masakan fusion.
Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Terlalu Banyak Hutang, Empayar Chef Jamie Oliver Runtuh

gempak
24/05/2019
08:30 MYT
Berita

"Kita Bersabung Nyawa, Tergadai Maruah, Hilang Punca Rezeki, Namun ....." - Fazley Yaakob Kongsi Pengalaman Hidup Dengan Isteri

gempak
07/11/2018
02:12 MYT
Berita

“Azeren Dah Bersalin, Saya Tetap Mengandung!”- Fazley Yaakob Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Berat Naik Sebanyak 35kg

gempak
26/10/2018
05:43 MYT
Berita

"Simpati Masih Tetap Wujud Walau Apa Pun Berlaku, Sebagai Anak & Menantu Kami Tetap Mendoakan" - Fazley Yaakob

gempak
04/10/2018
05:12 MYT
Berita

Fazley Yaakob Kena Tolak Kereta Di Thailand

gempak
05/07/2018
04:28 MYT