,
Hiburan

Ili Hitz FM Berhijab Sejak Ramadan, Pemergian Ibu Jadi Asbab - "Saya Mula Muhasabah Diri, Fikir Tentang Kematian"

Muhammad Firdaus
05/07/2024
02:55 MYT
Tampil mengenakan hijab, penyampai radio Hitz.fm, Ili Ruzanna berkongsi serba sedikit tentang penghijrahannya baru-baru ini.
Menurut Ili atau nama sebenarnya, Ili Ruzanna Iqbal, 30, menyatakan kesedaran itu timbul setelah pemergian ibunya pada tahun lepas akibat kanser.

"Sebenarnya Ili mula pakai tudung sebab pada tahun lepas bulan Februari, ibu Ili meninggal sebab kanser. Jadi selepas itu Ili rasa macam benda tu terlalu berat untuk Ili terima.

"Tapi Ili rasa pemergian ibu buat Ili muhasabah diri dan buatkan Ili berfikir tentang kematian. Ili mula mempersoalkan sama ada Ili bersedia atau tidak untuk berhadapan dengan Allah.
"Alhamdulillah, lepas tu Ili mula jaga solat dan doa untuk ibu Ili dan lama-lama Ili pula rasa nak mendekatkan diri dengan Allah. Dan tujuh ke lapan bulan selepas ibu Ili meninggal dunia, Ili rasa nak cuba pakai hijab," kongsinya.

Cuba Kekal Istiqomah

Dalam pada itu, Ili tidak menafikan dirinya bimbang untuk kekal istiqomah berhijab kerana iman manusia yang disifatkan sebagai sentiasa berubah-ubah.

BERITA TRENDING: Ruhainies Datang Mahkamah Senyum Lebar Pun Salah! - "Saya Tak Pandai Berlakon, Menangis Depan Kamera"

"Allah sentiasa akan uji kita, Ili ada rasa takut mungkin satu hari Ili tiba-tiba rasa tak nak pakai tudung. Tapi Ili sentiasa anggap perkara itu sebagai ujian.
"Tapi yang pentingnya kita selalu ingatkan diri kita tentang niat kita berubah, untuk Ili, lebih senang untuk istiqomah kalau kita ada kawan-kawan yang membimbing kita," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING:Aliff Aziz Mahu Berehat Dari Segi Mental & Emosi - “Kadang-Kadang Orang Kata Konon Macam Kitalah Yang Terpaling Sedih…”

Sementara itu, Ili turut menyatakan dirinya sebelum ini tidak pernah terfikir untuk mengenakan hijab, namun sebagai seorang muslim, seseorang itu perlu berusaha mendalami agama secara lebih lanjut untuk berubah.

BERITA TRENDING: Seniwati Sarimah Ahmad Tak Galakkan Cucu Berlakon, Sadiq Jamil; "Nenek Mengeluh Bila Saya Masuk Sekolah Seni, Tapi Saya Buat Demi ..."

"Selama ini, Ili tak pernah rasa pun nak pakai hijab. Sumpah, tak pernah. Mungkin sebab Ili tak belajar pasal benda tu dan Ili macam tak nak tahu pun kenapa orang pakai hijab.

BERITA TRENDING: Michael Ang Tak Boikot Ruhainies, Sedia Bekerjasama - "Cuma Bakat Lakonan Dia Tak Ada Lagi Yang Sesuai Dengan Watak Saya Cari"

"Alhamdulillah, saya tiba-tiba rasa nak berubah dan apa yang penting kita kena belajar," jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
Hiburan

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

gempak
11/09/2024
06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.