Hiburan
Ila Damiaa Kongsi Perasaan Berumah Tangga Menerusi Lagu
Selepas mendirikan runah tangga, penyanyi Ila Damiaa berkongsi perasaan menerusi single terbaharu, Cuma Kamu.
Ila atau nama sebenarnya Ila Damiaa Johar, 28, berkata, single ini merupakan luahan perasaannya mengenai hubungan percintaan sepasang kekasih dan pengalaman mendirikan rumah tangga.
"Cuma Kamu merupakan hadiah terbaru kepada peminat yang telah menyokong kerjaya seni saya sehingga hari ini.
"Saya telah berkerja keras untuk lagu ini dan saya amat teruja untuk berkongsi single terbaru ini bersama mereka.
"Lagu ini dihasilkan selepas saya mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu dan ia mengisahkan tentang cinta dan kesetiaan hubungan sepasang kekasih.
"Single ini juga merupakan hasil kerjasama antara Malaysia dan Indonesia di mana saya telah berkolaborasi dengan tenaga kerja yang pernah menghasilkan banyak lagu-lagu hebat di sana," katanya.
Cuma Kamu boleh didapati menerusi iTunes dan juga semua aplikasi streaming muzik bermula 31 Mac ini dan ia dijangka anak membuatkan semua peminat jatuh cinta pada rentak dan iramanya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video