,
Sukan

Ikuti Perjuangan & Misi Emas Negara Di Olimpik Paris 2024 Di Semua Platfom Astro! Setiap Aksi, Tak Kira Masa Atau Di Mana Jua

Mya Amri
17/07/2024
07:11 MYT
Bagi meraikan kegemilangan atlit negara di pentas dunia, Astro dengan bangganya akan membawakan 18 saluran khas buat semua pelanggan Astro dalam definisi tinggi (HD).
Ini juga termasuklah 16 saluran dedikasi tambahan serta dua saluran eksklusif (Saluran 801 & 802HD) untuk Olimpik Paris 2024 pada temasya yang akan membuka tirainya pada 24 Julai hingga 12 Ogos ini.
Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, Astro akan membawakan liputan komprehensif bersama tenaga kerja yang juga akan terbang ke Paris bagi membawakan kehangatan, detik suka duka atlit negara di temasya sukan berprestij dunia berkenaan.
“Kami juga memahami setiap peminat mempunyai cara yang tersendiri untuk menikmati tontonan aksi terulung acara sukan di temasya ini nanti.
“Oleh itu, kami menawarkan pengalaman tontonan yang fleksibel dimana pelanggan boleh memilih untuk menonton secara langsung melalui peranti pilihan dengan pelbagai kaedah langganan mengikut citarasa tontonan anda,” ujarnya.

Liputan langsung dari wartawan lokasi dan juga liputan harian di studio.

Antara acara sukan dan aksi yang akan menjadi tumpuan seperti Berbasikal, Badminton, Angkat Berat,
Pelayaran, Terjun, Golf, Menembak dan Olahraga dan wartawan iaitu Azlan Mubin, Fariha Razak, Ahmed Shahrazad Sani dan Zulhelmi Zainal Azam akan berada di Paris bagi membawakan laporan terkini atlit yang akan mengalas cabaran negara nanti.
Sementara itu, barisan hos yang akan mewarnai dan menemani penonton di studio Astro nanti seperti Hafizal Hamad, Faiz Gurun, Alice Harun, Abang Botak, Keesh ‘Mat stats’ dan Lily Hamzah.
Antara program tambahan di Astro Arena seperti laporan berita di Nadi Arena setiap hari, termasuk juga sorotan dan rangkuman terbaik sepanjang temasya.
Program pra-rancangan iaitu Pentas Tumpuan Paris pula akan menjadi platfom perbincangan untuk acara-acara sukan yang akan menjadi prospek emas bersama tetamu jemputan dan bekas atlit negara.

Jangan Lepaskan Aksi Terulung di Semua Platform Astro

Tidak kira dimana anda berada atau peranti apa yang anda gunakan, Astro akan memastikan anda tidak akan terlepas setiap aksi dan saingan acara sukan di Paris 2024.
Saksikan detik-detik penuh emosi dan mendebarkan, kegemilangan dan aksi terunggul di pentas dunia di saluran khas yang disediakan di semua platform Astro.
Astro: Semua pelanggan Astro akan mendapat akses percuma 16 saluran khas Paris 2024 dalam tontonan HD termasuk 6 saluran boleh ditontoni di Astro GO. Pelanggan juga boleh menonton Astro Arena (Saluran 801 dan 802) untuk ulasan dan liputan dalam Bahasa Malaysia.
sooka: Strim Paris 2024 dengan mana-mana pelan langganan sooka dari RM13.90 ke atas untuk 16 saluran khas yang boleh disaksikan di peranti pilihan. Untuk menonton aksi Paris 2024, dapatkan tawaran sooka Premium melalui tawaran istimewa web kami bermula dari RM29.60 (harga asal RM47.10 sebulan). Layari sooka.my untuk maklumat lanjut.
NJOI: Semua pelanggan aktif Starter Pek (kecuali Pek HD) akan mendapat akses percuma 10 saluran Paris 2024. Bagi bukan pelanggan Starter Pack pula, anda boleh melanggan Starter Pack pada harga serendah RM28.00 untuk 30 hari.

Berikan Sokongan Buat Wira-Wira Negara

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan atlit-atlit negara secara langsung menerusi liputan menyeluruh Sukan Olimpik Paris 2024 di Astro.
Antara jagoan negara seperti Datuk Azizul Hasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Lee Zii Jia, Aaron Chia - Soh Wooi Yik, Nurdhabitah Sabri serta ramai lagi atlit negara yang akan berjuang untuk misi memburu emas pertama negara di Olimpik Paris 2024.
Ikuti Astro untuk liputan paling komprehensif Olimpik Paris 2024.
Daftar Astro Baharu dengan harga serendah RM41.99/sebulan, diskaun 30%* dan pemasangan percuma. Nikmati Astro Baharu #NewAstro – Hiburan lagi bermakna bersama keluarga tersayang.
Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Semarakkan sokongan dan semangat untuk atlit-atlit negara dengan hashtag #GoForGold and #SokongMalaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.