,
Laman Utama

Ikut Nasihat Kim Kardashian, Paris Hilton Lakukan IVF

Maliah Surip
28/01/2021
04:50 MYT
Bintang program realiti, Paris Hilton mengesahkan dirinya kini dalam fasa mendapatkan anak.
Wanita berusia 39 tahun itu mendedahkan telah menjalani proses in vitro fertilization (IVF) atau bayi tabung.
Bersama pasangannya, Carter Reum, dia mengatakan bakal menimang cahaya mata kembar.
"Saya melakukan IVF supaya dapat memilih memilih anak kembar. Kini kami tak berhenti memikirkan dan merancang nama anak kami. Kami sangat teruja," kata Paris sewaktu menjadi tetamu di Podcast The Trend Reporter with Mara, baru baru ini seperti dilaporkan People.
Paris kemudian memberitahu Kim Kardashian merupakan individu yang bertanggungjawab memberi nasihat buat dia melakukan proses IVF.
"Sebenarnya Kim yang beri nasihat ini. Saya tak pernah tahu tentangnya (IVF)," katanya.
Cicit Conrad Hilton, pendiri jaringan hotel besar tersebut mengatakan saat ini dia telahpun selesai prosuder pengambilan telur.
"Ia sebuah proses yang sukar, tapi saya tahu ia pasti berbaloi. Saya melakukannya beberapa kali.
"Mempunyai pasangan yang sangat menyokong dan membantu adalah sangat penting. Semuanya menjadi lebih mudah," akuinya.
Menurut bintang The House of Wax itu lagi, dia teruja untuk menjalani fasa dalam kehidupannya yang mendatang.
"Saya berasa mempunyai keluarga dan anak anak adalah erti hidup yang sebenar. Betul, saya belum melaluinya tapi saya rasa tak ada siapa yang layak menerima cinta daripada saya kecuali Reum. Sekarang saya telah bertemu belahan jiwa yang betul," katanya lagi.
Kredit Foto: USMagazine
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Hiburan

MK K-Clique Kongsi Kehamilan Isteri Pada Hari Ulang Tahun Kelahiran, Peminat Komen: “Perut Besar Macam Baby Kembar”

gempak
28/07/2024
09:25 MYT
Penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique menarik perhatian ramai apabila berkongsi berita kehamilan isterinya, Siti Hajaar, baru-baru ini.
Berita

Selalu Lihat Ibu Buat Seks, Kanak-Kanak 5 Tahun Nodai Adik Kembar

gempak
15/05/2024
21:42 MYT
Gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya.
Viral

Kembar Siam Kepala Dua, Abby & Hensel Kahwini Pesara Tentera

gempak
30/03/2024
03:52 MYT
Kembar siam wanita Abby dan Brittany Hensel yang sebelum ini mencuri perhatian dunia kerana kepala mereka yang bercantum menjadi buah mulut selepas menjadi tajuk berita kerana sudah berkahwin.