,
Laman Utama

Iklan Jual Vaksin COVID-19 Dalam Talian Palsu - Dr Noor Hisham

Azwa Rahman
05/03/2021
06:23 MYT
Iklan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian adalah palsu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM melalui unit forensik siber sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan INTERPOL, untuk memantau keadaan semasa dan juga penjualan vaksin dalam talian.
Menurut beliau lagi, vaksin yang telah diberikan pendaftaran bersyarat, hanya boleh dibekalkan kepada pihak kerajaan dan pihak yang dibenarkan oleh kerajaan, iaitu untuk dijadikan pusat vaksinasi.
Iklan penjualan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dalam talian itu didakwa dijual dengan harga RM63.88.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham mengingatkan orang ramai, agar memastikan mereka menerima vaksin COVID-19 dari fasiliti kesihatan KKM yang diberikan secara percuma, oleh kerajaan.
Mengulas isu sama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan tertipu dengan mana-mana pihak yang menawarkan vaksin COVID-19 secara panggilan.
Katanya hanya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja yang bertanggungjawab menguruskan vaksin COVID-19, termasuk pelaksanaan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan dengan menyelaraskan pendaftaran rakyat untuk vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.
"Maka urusan menentukan siapa yang boleh mendapatkan vaksin adalah dua kementerian itu (MOSTI dan KKM), yang mempunyai satu jawatankuasa khusus memastikan rakyat yang berdaftar divaksinkan," katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.
Ismail Sabri mengesahkan terdapat pihak-pihak yang telah mengambil kesempatan, berhubung vaksin COVID-19 ini.
"Memang telah ramai ambil kesempatan, bukan setakat keluar secara dalam talian malah ada pihak-pihak yang datang kepada kita untuk ambil vaksin COVID-19, kononnya dia merupakan ejen dari negara-negara atau syarikat-syarikat tertentu," katanya.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

KKM Nafi Remaja Ceroboh Hospital Lakukan Prosedur Merawat Pesakit - “Dia Tak Punyai Kemahiran & Penyamar Itu Memang…”

gempak
15/08/2024
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja 14 tahun yang menceroboh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur kepada pesakit ketika penyamaran.
Berita

Aset Atau Hamba? Doktor KKM Kecewa Dipaksa Bekerja Ketika Anak Sakit - “Saya Dah Penat Dengan Sistem Ini!”

gempak
12/08/2024
15:14 MYT
"Saya dah penat dengan sistem di KKM,” Itu luahan seorang doktor wanita yang berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Kuching yang melahirkan rasa kecewa terhadap sistem kebajikan para petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Viral

Jenama Ais Krim Popular Perkenal Perisa Campuran Bersama Ubat Batuk, KKM Arah Hentikan Penjualan Serta Merta

gempak
30/07/2024
09:55 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan penjualan produk ais krim yang dicampur dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) yang dikeluarkan sebuah jenama ais krim dihentikan segera.