,
Gaya Hidup

"Iklan Guna Bahasa Lucah Disifatkan Keluar Landasan Etika, Akhlak"

Gempak
02/07/2024
09:25 MYT
Tindakan sesetengah pihak mengiklankan sesuatu produk menggunakan bahasa lucah disifatkan sebagai keluar dari landasan etika dan akhlak.

BERITA TRENDING: Public Health Malaysia Tegur Peniaga Guna Imej Pemasaran Berunsur Lucah, Anggap Rendahkan Martabat Wanita

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Awang Sariyan berkata, penggunaan bahasa sepatutnya untuk tujuan mendidik, membina akhlak dan membentuk pemikiran positif kepada semua lapisan masyarakat.
“Kita menormalisasikan sesuatu yang lucah atau diluar akhlak itu maknanya kita sudah ingkar.
“Maknanya kita sudah keluar dari landasan etika ataupun akhlak itu. Sepatutnya bahasa digunakan untuk mendidik walaupun boleh untuk hiburan tetapi hiburan yang ada batas.
“Kalau sampai tahap menyentuh konteks lucah itu, maknanya kita sudah kehilangan etika dan akhlak. Itu sudah bertentangan dengan tujuan bahasa digunakan oleh ALLAH SWT kepada manusia,” katanya kepada Sinar Harian ketika dalam satu wawancara eksklusif baru-baru ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kecenderungan iklan yang menggunakan bahasa ‘rojak’ bagi menarik perhatian orang ramai, menurut Awang, perkara tersebut tidak sepatutnya diletakkan sebagai salah satu syarat dalam bahasa pengiklanan atau perniagaan.
“Secantik mana pun bahasa tidak patut lari daripada sistem bahasa masyarakat. Jadi iklan yang baik tidak semestinya yang caca marba bahasanya.
“Cuba tengok warung yang ala kadar, tidak ada kemegahan pun, sibuk menggunakan nama-nama bahasa Inggeris padahal kalau menu bagus dan masakan sedap, tidak guna nama asing pun pelanggan tetap datang menikmati makanan di kedai itu.
“ Ia (soal) kreativiti di mana banyak bergantung kepada kemampuan kita memanfaatkan sistem bahasa yang ada,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian

BERITA TRENDING: IsteriX Mohon Maaf, TheNoor Nafi Neelofa Terlibat Hasilkan Iklan Berunsur Lucah - "Kami Terima Segala Teguran & Akur Dengan Kesilapan..."

BERITA TRENDING: Dikritik Hebat Sebab Guna Gambar Double Meaning, Syarikat Neelofa Mohon Maaf

BERITA TRENDING: Influencer Buat Panggilan Lucah, Tunjuk Kemaluan Ditahan Polis

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.