gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Jenazah Dibonceng Motosikal Akibat Jalan Rosak
HIBURAN
Qasrina Karim Komited Hidupkan Jiwa Radwa - “Watak Ini Buat Saya Banyak…”
HIBURAN
Universe Gateway Ambil Iktibar, Janji Konsert Rabbani Lebih Terurus - “Kami Tak Pernah Lari…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Ikan Tenggiri Masak Cuka | Episod 1 - Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton

Muhammad Ridhwan Roslan
Muhammad Ridhwan Roslan
05/03/2025
05:49 MYT
Sponsor Banner
Ikan Tenggiri Masak Cuka | Episod 1 - Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton

Jom ‘check it out’ resepi Ikan Tenggiri Goreng Masak Cuka:

Resepi - Ikan Tenggiri Goreng Masak Cuka

Bahan-Bahan:
  • 4 keping ikan tenggiri
  • 1-2 sk garam
  • 2 sk serbuk kunyit
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 sk biji sawi
  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 4-6 biji bawang merah kecil
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 4 cawan air
  • 1/2 senduk cuka makan
  • 1/3 batang timun
  • 1-2 biji tomato
  • 2 tangkai cili merah
  • 8-10 tangkai cili padi
  • 1/2 sb gula
  • 2 sk serbuk perasa
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak:
  1. Potong nipis 1 biji bawang besar, 2 inci halia kupas kulit hiris memanjang, 4-6 biji bawang merah kecil, 8 ulas bawang putih-belah 2.
  2. 1/3 batang timun - tak perlu buang kulit cuma buang biji dalam, hanya guna bahagian keras, potong memanjang.
  3. 2 biji tomato potong enam. 2 tangkai cili merah - buang biji dan potong halus. 8-10 tangkai cili padi - tak perlu potong, 1 batang serai diketuk.
  4. Ikan tenggiri digaul dengan serbuk kunyit dan garam.
  5. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga keperang-perangan (jangan terlalu garing).
  6. Gunakan kuali yang lain, masukkan sedikit minyak dari bekas goreng ikan.
  7. Tumis biji sawi, hirisan bawang besar, kemudian masukkan halia. Kacau sehingga naik bau, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, dan serai. Kacau lagi.
  8. Masukkan 4 cawan air. Masukkan gula & garam. Kemudian masukkan 1/2 senduk cuka makan.
  9. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan cili merah, cili padi, dan hirisan timun. Akhir sekali masukkan ikan goreng tadi. Tambah sedikit serbuk perasa.
  10. Akhir sekali masukkan tomato. Boleh tambah garam atau perasa lagi jika perlu.
Topic Berkaitan
#Ramadan
#Dapur Goodday
#Indahnya Lain Macam
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement