,
Laman Utama

Ikan Laga Jadi Inspirasi Atilia Dalam Koleksi Tikar Senaman & Aksesori Fesyen!

Asraf Aided
06/04/2021
11:20 MYT
Ramai antara kita yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah seperti kucing, ikan dan sebagainya.
Selain keindahan alam sekitar, haiwan yang dipelihara dan dimanja setiap hari juga boleh dijadikan inspirasi dalam berkarya.
Itulah yang telah dilakukan oleh penyanyi dan guru Yoga terkenal, Atilia Haron menerusi kolaborasi Atilia X Batik Boutique.
Ikan laga milik penyanyi berkenaan telah menjadi sumber inspirasi Atilia untuk mewarnai koleksinya itu.
Atilia percaya ia merupakan simbol kepahlawanan dan pada masa sama, memberi semangat ketika menggunakan tikar senaman berkenaan.
Koleksi dari kerjasama Hippie Hub dan Artisan-Centred Boutique menampilkan koleksi tikar senaman dan beberapa aksesori fesyen lain bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
"Ada sebab mengapa saya memilih rekaan dan variasi rona yang kuat ini, pertamanya kerana saya percaya ia membawa kuasa yang cukup bertenaga.
"Bukan sahaja kepada individu yang menggunakannya, malahan juga penggiat seni yang terlibat dalam penghasilan rekaan bagi koleksi saya ini.
"Ketika musim di mana sanitasi dan kebersihan menjadi perkara penting, inilah masa yang terbaik untuk memiliki tikar senaman sendiri ke studio atau pusat gimnasium apabila hendak melakukan senaman fizikal seperti Yoga," katanya.
Koleksi Atilia X Batik Boutique terdiri daripada tikar senaman tahan lasak dari pilihan warna Onyx dan Ruby yang diperbuat daripada bahan bukan toksik, getah asli dengan kemasan suede.
Selain tikar senaman, Atilia X Batik Boutique juga tampil dengan kimono canting tangan batik, pelitup wajah yang hadir bersama beg khas, headband sutera asli, set melukis DIY Batik Painting Kit dan beg kantung pelengkap gaya.
Tambah Atilia, koleksi ini juga memberi kesan yang mendalam kepada setiap individu yang terlibat dalam proses penghasilannya.
"Atilia X Batik Boutique ini bukan sekadar koleksi Yoga, setiap rekaan memberi kesan yang mendalam kepada pencinta seni yang menghasilkan koleksi ini.
"Setiap produk punya cerita tersendiri, ia dicanting oleh pelukis tempatan dan dijahit serta dihasilkan oleh kumpulan wanita tempatan yang terpinggir.
"Bagi saya, ia adalah cerita yang bermakna dalam produk ini dan akan kekal selamanya," katanya lagi.
Koleksi ini boleh didapati di secara online di Batik Boutique.
Pesan Atilia kepada semua, be happy and kind!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Koleksi Rip Curl x Kenji Chai Surfitti Gabungan Seni Grafiti & Adrenalin Surfing!

gempak
27/03/2024
11:45 MYT
Apa akan jadi kalau seni gratifi jalanan digabungkan dengan semangat surfing?
Gaya Hidup

Tiada Lagi Koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini Tahun Depan! - "Kami Rasa Inilah Masanya ..."

gempak
19/03/2024
05:22 MYT
Koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini merupakan tahun terakhir.
Gaya Hidup

Peragakan Batik, Kota Paris Pilihan Fashion Show Sulung Syazia Atelier!

gempak
16/03/2024
05:25 MYT
Jenama fesyen tempatan, Syazia Atelier baru sahaja selesai mengadakan ‘fashion show’ pertama mereka di Place Vendom, Paris, baru-baru ini.
Gaya Hidup

Rizman Ruzaini Lancar Koleksi Raya Sempurnakan Syawal 2024, Perkenal 26 Muses!

gempak
20/02/2024
11:37 MYT
Duo fesyen terkenal Rizman Ruzaini melancarkan program RR Royalty
Laman Utama

Batik, Songket, Sutera, Sari Malaysia Setanding Antarabangsa! Bkay Nair Intai Pengiktirafan UNESCO

gempak
03/10/2023
13:52 MYT
Bintang filem Ratu The Movie mahu angkat fabrik tradisional Malaysia!