,
Laman Utama

IG Kena Hacked, Azad Jasmin ‘Menangis’ Minta Tolong Bini – “Eira Syazira You Suruh Followers You Follow I”

Fiza Kamarudin
21/08/2020
08:57 MYT
Gelagat pelakon Azad Jasmin membuat pengikut di Instagram (IG) terhibur apabila dia merayu kepada isteri, Eira Syazira supaya mengular siar akaun terbarunya.
Azad sebelum ini yang menggunakan IG @azadsyazirarose kini menggunakan akaun baru, @pak_azad76's selepas digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Pelakon yang sering muncul dengan posting lucu di IG itu kemudiannya merakam video dan merayu isterinya supaya kongsikan semula rakaman tersebut. “IG @azadsyazirarose saya kena hacked...Eira Syazira you suruh followers you follow I, kalau tak I curi IG you dan I jadikan ig you ig I... hmmmmmm,” tulis Azad pada ruangan kapsyen.
Eira Syazira yang mengulang siar hantaran Azad itu pada ruangan kapsyen meminta suaminya membayar rakaman video yang dimuat naik di IGnya.
“Bayar la!,” usik Eira disertai emoji ketawa.
Menerusi rakaman video tersebut, Azad ‘menangis’ kerana IGnya digodam sambil mengadu kepada anak-anaknya Ameisya Leanne Rose dan Ariesya Suri Rose mengenai akaun media sosialnya yang digodam.
“Ameisya, Suri…Akaun saya kena hacked…Tak pa, tak pa..Alif Lam Lam Ha siapa hacked IG saya dia berdosa. “Ini IG baru saya, Eira Syazira isteri saya tercinta tolong repost ya video ni, bagitahu dekat peminat-peminat You yang IG I kena hacked.
“Semua kenangan-kenangan terindah kita kena hacked. So suruh peminat-peminat You follow IG I ni, kalau tidak I gaduh dengan You Eira Syazira!,” katanya.
Video tersebut telah ditonton lebih 33,000 kali di IG Eira. Setakat ini IG baru Azad telah mengumpul 4,989 pengikut dengan 10 posting terbaru sejak dua hari lalu.
Azad pada 2018 pernah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggodam akaun Instagram (IG) miliknya.
[[BACA: "Tolong Jangan Hack Instagram Saya" - Azad Jazmin]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Azad Jasmin Pernah Berselisih Faham Dengan Isteri Gara-Gara ...

gempak
23/08/2023
08:50 MYT
Sedangkan lidah lagi tergigit.
Laman Utama

"Umrah Pertama Kami Suami Isteri..." - Eira Syazira & Pak Azad Mohon Maaf Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci

gempak
19/12/2021
06:51 MYT
Pasangan selebriti, Azad Jasmin dan Eira Syazira telah berangkat ke Tanah Suci di Arab Saudi bagi menjalani ibadah umrah.
Laman Utama

Polis Dah 'Roger', Caprice Akan Balik Malaysia Tak Lama Lagi - "Interpol Tak Cari Pun, Tapi Sebenarnya ..."

gempak
22/08/2021
05:50 MYT
Ada salah faham rupanya...
Laman Utama

“Adik Ipar Pak Azad Rupanya…Suara Macam Anuar Zain Lah…Fuh!” - Ramai Suka Lagu Sang Purnama Syazwan Shuhaimi

gempak
16/08/2021
10:28 MYT
Suara best, lagu pun best...
Laman Utama

Tembok Pagar Roboh Dilanggar Orang Mabuk, Azad Jazmin Nak Hempuk Pemabuk Dengan Kuali!

gempak
01/07/2021
08:11 MYT
Musim-musim PKP pun sempat mabuk ek?