VIRAL
Idea ‘Old Money’ Tercetus Gara-Gara Isteri Tak Berkenan Dengan Penampilan Andika Putera - “Saya La Bagi Idea Itu Sebab Kami Baru…”
Tidak berkenan dengan penampilan awal suaminya, isteri kepada Andika Putera iaitu Dr Amalina memberi idea untuk mengubah gaya pemakaian pempengaruh itu.
Awal perkenalan
Menerusi perkongsian di TikTok, Dr Amalina berkata idea untuk memulakan gaya ‘Old Money’ selepas melihat penampilan suaminya pada awal perkenalan mereka.
“Masa mula-mula saya pergi kelas Andika dulu, saya rasa dia sebenarnya bijak. Cuma saya pelik kenapa dia pakai begitu.
“Saya la bagi idea Old Money itu, sebab kami baru kenal. Saya nak dia ubah gaya pemakaian,” kongsinya.
Tak sesuai
Menurut Dr Amalina lagi, dia berasakan penampilan suaminya yang dahulu tidak bersesuaian dengan personalitinya sebagai seorang mentor.
“Saya ada bagi dia contoh gambar Old Money. Masa itu, saya saja tunjuk untuk tengok reaksi Andika. Andika pulak memang nak impress saya, jadi dia pun cuba.
“Saya tak suka tengok dia pakai satu badan Gucci. Tak sesuai dengan personaliti dia sebagai mentor. Benda ini sebenarnya terjadi tanpa sengaja,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Diajak Buat ‘Private Session’, Andika Putera Hairan Masih Diganggu Lelaki Songsang - “Sekarang Ni Dah Kahwin…”
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Cemburu Andika Bergambar Dengan Bekas Isteri & Anak, Dr Amalina Bersikap Matang - “Saya Mahu Alisha Membesar Dalam Suasana Yang Sihat”
ARTIKEL BERKAITAN: Ananda Natasha Dakwa Emosi Tertekan, 'Diserang' Bekas Mentua? - "Dia Sering Hantar Mesej ..."
Dalam pada itu, Dr Amalina sempat memuji Andika yang berusaha untuk mengubah penampilan sehingga menjadi fenomena sehingga hari ini.
Fenomena gaya ‘Old Money’ mula teercetus apabila pempengaruh Andika Putera menubuhkan sebuah komuniti dengan meletakkan yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM249.
@amalinaaizaa Asal usul oldmoney style.haa sebenarnya saya yg kenalkan trend ni dekat dika sbb tak suka tgk dia pakai full on gucci and sbb tak sesuai dgn persona yg dia nak bawak as mentor. Tau tau je dah jd satu fenomena ,viral pulakk layan jela eh hahaha♬ original sound - Amalina Aiza
Must-Watch Video