Hiburan

Idam Anak Ramai, Siti Elizad Dedah Pernah Buat Persiapan Bilik Anak-Anak – “Beli Katil Dua Tingkat, Tapi Dah Bagi Kawan”

gempak
Khairil Khusyairi
19/12/2024
21:50 MYT
Sponsor Banner
Idam Anak Ramai, Siti Elizad Dedah Pernah Buat Persiapan Bilik Anak-Anak – “Beli Katil Dua Tingkat, Tapi Dah Bagi Kawan”
Pelakon Siti Elizad mengakui sudah reda sepenuhnya jika tidak dikurniakan rezeki anak biarpun ada kalanya sedikit terkesan.
Kongsi Elizad, 40, dia juga mengimpikan zuriat yang ramai selain memaklumkan sudah membuat persiapan bilik untuk anak-anak.
“Tipulah kalau kata tak terkesan sebab dulu kita berangan bila dah kahwin, nak anak ramai.
“Saya sendiri dah buat persediaan bilik untuk anak-anak. Saya dah beli katil dua tingkat, sebab ingatkan anak ramai dalam tempoh perjalanan 10 tahun ini.
“Tapi sekarang tiada, jadi ia dah masuk musim reda, saya dah bagi katil itu pada kawan-kawan,” kongsinya kepada pemberita.
Siti Elizad ditemui pada sidang media drama Berbahagi Suami di The Fleur, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Reda dengan ketentuan Ilahi, pelakon drama Berbahagi Suami itu tidak lagi mahu memberi harapan namun menyerahkan kepada Tuhan.
“Tapi sekarang dah reda. Sebab saya tak mahu bila lalu depan bilik itu, saya berharap.
“Doakanlah saya, dulu saya tak percaya bila cakap dah tak mahu fikir tetapi bila dah meningkat umur, saya rasa tidak mengapalah.
“Allah bagi semua pada saya selama 10 tahun ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Elizad juga meluahkan rasa syukur apabila suami, Shamsul Baharin Rahman sentiasa bersamanya sepanjang 10 tahun perkahwinan.
“Selama saya bersama suami selama 10 tahun ini saya tak pernah dimarahi suami .
“Saya tak pernah bergaduh besar. Saya tak merasai perkara itu, jadi saya fikir mungkin Allah kurangkan perkara lain dan lebihkan dalam soal lain,” kongsinya.
Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pertama pada Februari 2020 dan kemudian dia disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.
Dua tahun lalu, Elizad sekali lagi memaklumkan dia kembali menjalani rawatan IVF kali kedua pada Mac 2022 sebagai usaha berterusan untuk mendapatkan cahaya mata. Namun, dia keguguran juga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024