,
Drama

i.D Berjaya Buat Netizen Tak Senang Duduk - "Cerita Ni Tense Betul, Takda Seminit Pun Yang Rileks"

Umirah Halim
02/04/2024
15:00 MYT
Siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47, i.D Swipe, Steal, Love berjaya memukau ramai penonton.

Penonton puji sinematografi

Menerusi tinjauan di Platform X, ramai netizen memuji sinematografi dan plot drama yang dikatakan setanding dengan naskhah luar negara.
"To be honest, Astro Original ni makin best ek series dia.
"Cerita cerita dekat Astro ni makin lama makin mantap setanding cerita luar negara.
"Cinematography pun dah gempak. Yang penting cerita tak cliche.
"Cerita ni tense betul ni. Takde seminit pon yang relax.
"Everything is so messy tak sabar betul nak tunggu next episod.," komen beberapa netizen.
Sementara itu, menerusi episod yang ke 6, ramai juga memuji babak lakonan perbalahan anak-beranak antara Jazman Rahim (Aedy Ashraf) dan Dato' Rahim Abadi (Rosyam Nor). "Intense nya scene Jazman dgn bapa dia ni. Good acting betul.
"Betul tu, happy la tengok industri kita dah berkembang.
"Kan? Boleh pun buat cerita best rupanya," tambah beberapa netizen. Nak tahu apa yang menyebabkan Jazman dan Dato Rahim bergaduh? Jangan lupa saksikan episod penuh i.D sekarang!

Saksikan i.D

Untuk pengetahuan, siri drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat pelakon terkenal tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi), Susan Lankester (Nadi Ilana) dan ramai lagi. Saksikan i.D bermula 23 Februari, setiap Jumaat jam 9 malam.
Siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.

Sinopsis i.D

i.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.
Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.

Berita Trending: i.D: Recap Episode 1 – Aidi Kena Buang Kerja? Jazman Berani Curang dengan Anggun?

Berita Trending: Naim Daniel Teruja Dapat Berlakon Bersama Rosyam Nor Dalam Siri i.D – “Saya Lebih Kepada Excited Sebenarnya Cumanya…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

gempak
09/09/2024
15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.