,
Laman Utama

Ibu Michelle Yeoh Menangis, Terima Ucap Tahniah Macam YB Atas Kejayaan Rangkul Oscar

Maliah Surip
13/03/2023
06:00 MYT
Seluruh rakyat Malaysia sedang berbangga dengan kejayaan yang dirangkul Tan Sri Michelle Yeoh menerusi kemenangan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023) hari ini.
Pesohor kelahiran Ipoh, Perak tersebut merangkul anugerah berkenaan menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once. Michelle memainkan karakter Evelyn Quan Wang dalam filem arahan Dan Kwan dan Daniel Scheinert tersebut.
Selain penggiat seni yang berada di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat dilihat meraikan kejayaan tersebut, kemenangan Michelle turut dirayakan ibunya, Datin Janet Yeoh dan seluruh tetamu yang menonton anugerah berprestij tersebut secara langsung di Majlis The Pride of Malaysia Exclusive Viewing Party Oscar 2023.
Menerusi potongan video yang tersebar di media sosial, Janet dilihat menyeka air mata kegembiraan sebaik nama anak perempuan kesayangannya diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Oscar.
Dalam video yang sama, Janet kemudian dilihat berpelukan, bersorak dan diraikan penuh kebanggaan oleh para tetamu lain yang berada di dalam majlis sama.
Malah tidak keterlaluan jika disifatkan Janet telah diraikan seperti seorang menteri atau Yang Berhormat memenangi kerusi dalam pertandingan.
Terdahulu menerusi ucapan kemenangannya, Michelle juga mendedikasikan kejayaan yang diperoleh kepada ibunya dan para wanita lain yang disifatkan sebagai superhero.
“Saya akan membawa pulang trofi ini kepada ibu saya yang sedang menonton (acara Anugerah Akademi) di Kuala Lumpur, Malaysia bersama seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan,” kata Michelle dalam ucapannya.
Untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, Michelle menumpaskan Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.