,
Laman Utama

“Ibu Kutip Duit Syiling Atas Lantai Untuk Beli Nasi”- Isha Norsham Dedah Hidup Susah Dahulu

Syafiqah Jalal
11/02/2022
07:43 MYT
Pengacara GempakTV, Isha Norsham mendedahkan dia dan keluarga melalui kehidupan yang susah seketika dulu.
Mengimbau kembali waktu itu, Isha memberitahu ibunya terpaksa mencari duit syiling yang ada untuk hanya membeli sebungkus nasi buat dia dan adiknya.
“Ada satu masa ni, ibu saya tak cukup duit, disebabkan ibu nak tengok anak dia makan sanggup beli satu nasi untuk saya dan adik makan.
“Saya ingat lagi, ibu kutip duit syiling ada dekat lantai rumah yang kadang-kadang bawah sofa tu hanya nak beli satu nasi untuk kami,” ceritanya.
Isha yang juga penyampai radio Era itu, membongkar kisah dukanya itu di SYOKCast Confession Bilik Gelap semalam.
Menurut Isha lagi dia masih ingat pengorbanan ibunya itu dalam membesarkan dia dan adiknya.
“Ibu saya masa itu memang tiada apa-apa, dia tak ada duit…tak ada kerja…barang kemas pun dia dah gadai semua… dia hanya ada saya dan adik.
“Tapi dia kata tak apa, asalkan ada anak-anaknya bersama, dia akan bekerja keras dan inilah apa yang saya lakukan sekarang,” luahnya.
Confession Bilik Gelap menampilkan tetamu daripada pelbagai latar belakang dan cerita.
SYOKCast Confession Bilik Gelap eksklusif hanya di aplikasi SYOK. Ikutinya di akaun Instagram @syokcast.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Tular Video Jaga Ibu Sakit Di Hospital, Isha Norsham Sanggup Terbang Ke Terengganu Demi Adik Iman - “Akak Datang Pun Saya Dah Seronok”

gempak
23/11/2024
07:30 MYT
Tiada apa yang diminta, hanya mahukan penyampai radio Era FM iaitu Isha Norsham datang ke Terengganu untuk melawat adik Iman yang tular menjadi ibunya terlantar di hospital.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Unitar