,
Laman Utama

Ibu Hamil Jangan Risau, Megaklinik Zahran Sekarang Dah Ada Pakej Pantang! Siap Doktor Yang Pantau

Amri Hassan
17/03/2023
11:30 MYT
Atas paksi murni, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) dan Selcare Nursing bersepakat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 10 Mac lalu.
Malah serentak dengan itu, Kempen Dr Mama@Zahran turut dirasmikan. Kedua acara itu berlangsung di Ibu pejabat KMZ di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
MoU termeterai turut menjadi titik kolaborasi yang pertama antara KMZ & Selcare Nursing.
“Kolaborasi yang pertama ini menjadi advokasi perkhidmatan berpantang dengan pemantauan doktor kepada semua ibu dan anak di Malaysia.
“Antaranya adalah pakej postnatal bersama dengan doktor yang berpengalaman untuk memantau golongan ibu yang berpantang sama ada di rumah, atau pakej postnatal premium di Hotel Westin, Kuala Lumpur.
“Ibu berpantang bukan sahaja akan dijaga secara tradisional, malah akan dilihat dan dirapi dari segi perubatan terkini dan juga alternatif,” kata Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ahli Lembaga Pengarah KMZ, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak

Nasihat perancangan hamil, khatan bayi

Kolaborasi antara KMZ dan Selcare Nursing ini bakal memberi manfaat kepada 160,000 pasangan mengandung di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.
“Melalui Kempen Dr Mama @ Zahran, pusat rujukan “One Stop Center” ini disasarkan kepada pasangan ibu dan anak. Sekali gus menyaksikan di mana pasangan mampu mendapatkan khidmat nasihat daripada perancangan kehamilan, pemeriksaan semasa hamil, penjagaan selepas bersalin.
“Tak ketinggalan khatan bayi lelaki dan perempuan, vaksinasi anak dan pemeriksaan kesihatan ibu serta bayi,” katanya.
Dalam pada itu, pelbagai pakej menarik turut ditawarkan daripada KMZ dan juga rakan-rakan kolaborasi akan bersama memberi penyelesaian lengkap yang diperlukan ibu dan anak.​
Antara rakan kolaborasi lain dimaksudkan ialah Aqiqah Centre, Sonobee Ultrasound Sdn Bhd, Joie Malaysia, Beaumama dan Butik Tateh.

Zahran On Call

Datuk Mohd Nafidz turut berkongsi perancangan dan hala tuju KMZ pada tahun ini melalui “Zahran On Call”.
“Perkhidmatan kesihatan ini boleh didapati secara atas talian khas buat pelanggan KMZ tanpa perlu menunggu lama di kaunter.
“Ia lebih menjimatkan masa dan pengurangan jejak karbon dapat dicapai melalui inisiatif baru diperkenalkan ini. Tak ketinggalan berpaksikan ‘Yang Pertama Di Mana-Mana’, KMZ yakin dan komited pada tahun ini untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.
“Ia termasuk membuka lebih banyak peluang berkolaborasi dan peluang kerjaya dengan pelbagai sektor bagi merancakkan pasaran dan ekonomi Malaysia 2023,” katanya.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Selgate Healthcare, Dr Nurul Muaz Omar, serta pihak pengurusan dan wakil-wakil syarikat rakan kolaborasi lain.
Untuk rekod, penerima anugerah The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award' kategori Healthcare Integrated Private Clinic 2022 ini menempa nama di era pandemik COVID-19.
Malah, jenama yang bertapak pada tahun 2013 ini cukup popular di kalangan artis yang menjadi medium pengaruh serta promosi terbesar selain rezeki mudah buat jenama itu pantas dikenali dan menjadi sebutan.
Selain Mohd Nafidz, isterinya, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman atau mesra dengan nama Kak Long di posisi Ketua Pemasaran & Pengkomersilan jenama itu juga dilihat antara 'agen' memperkenalkan jenama KMZ.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dr Say Triggered Lelaki Cetek Akal Ugut Kahwin Lain Sebab Bersalin Ceaser - “Hang Patut Bersyukur Isteri & Anak Hang Masih Hidup Bro, Dungu"

gempak
29/08/2024
02:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluahkan rasa kesal dengan kisah tular seorang lelaki yang bertindak mengugut untuk berkahwin lain hanya kerana isterinya memilih untuk bersalin menggunakan kaedah pembedahan (czer).
Viral

Bersalin Cara Czer, Suami Ugut Isteri Nak Kahwin Lain - "Tak Nak I Dapat Wife Rosak"

gempak
27/08/2024
11:55 MYT
Tidak semua suami mampu menghargai pengorbanan seorang isteri.
Viral

Dah Ada 44 Orang Anak, Wanita Ini Disarankan Terus Bersalin Lagi Jika Tidak ...

gempak
18/08/2024
14:55 MYT
Mariam, wanita berasal dari Uganda yang kini sedang mencuri perhatian warganet seluruh dunia.
Hiburan

Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

gempak
07/08/2024
21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.
Hiburan

Syahrini Selamat Bersalin Pada Usia 44, Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Anak

gempak
02/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi Syahrini sedang berbahagia memegang status ibu selepas selamat melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan Reino Barrack.