,
Laman Utama

"Hukumlah Aku Kerana Anakku Mungkir Janji" - Ibu Syamsul Yusof

Amri Hassan
22/02/2023
08:02 MYT
Ibu kepada pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail berkongsi luahan hatinya di media sosial tentang nasib yang menimpa menantunya, Puteri Sarah Liyana.
Patimah dalam hantaran terbabit memohon maaf atas tindakan anaknya yang tidak mengotakan janji untuk menjaga Puteri Sarah.
Malah, Patimah bersedia menerima 'hukuman' atas tindakan anaknya memungkiri janji.
"Maafkan ku kerna berjanji, anakku akan menjagamu. Ketika diri mu mohon undur diri, hukumlah aku kerana anakku mungkir janji," coretnya di Instagram Stories.
Terdahulu, Patimah mengulang siar hantaran di Instagram seorang pengguna media sosial ketika perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah.
"Perkahwinan yang sempurna mendapat restu ibu bapa," tulisnya.
Terdahulu, nama pelakon Puteri Sarah meniadi perhatian ramai gara-gara krisis yang melanda dalam rumah tangganya bersama dengan pengarah popular, Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar.
Malah, Puteri Sarah juga telah bernekad dengan memfailkan penceraian kerana sudah tidak mahu memberi harapan terhadap rumah tangganya.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.