gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Hanya Untuk Suka-Suka, Pelajar Tingkatan Dua Tekap 8 Rakan Asrama Dengan Seterika Panas Diarah Jalani Pemulihan Di Henry Gurney
HIBURAN
Pernah Disindir Menumpang Populariti Ziana Zain, Anuar Zain Hanya Tersenyum - “Kalau Dulu, Lagi Teruk Orang Mengata Kita…”
HIBURAN
Anggap Tuhan Beri Rezeki Cantik Untuk Berbakti, Nasha Aziz ‘Catwalk’ Sambil Bersihkan Tanah Perkuburan - “Tengok Mereka Buang Sampah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Hukum Haram Wanita Bujang Pakai Inai? Imam Muda Asyraf Ada Jawapannya!

gempak
Azwa Rahman
05/08/2022
07:46 MYT
Sponsor Banner
Hukum Haram Wanita Bujang Pakai Inai? Imam Muda Asyraf Ada Jawapannya!
Isu inai menjadi tular sejak kebelakangan ini apabila ada beberapa selebriti mengeluarkan jenama produk inai mereka sendiri.
Namun, bolehkah seorang wanita yang belum berkahwin memakai inai dengan tujuan perhiasan?
Memetik rakaman Sinar FM menerusi segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab’ bersama Imam Muda Asyraf yang disiarkan pada pagi tadi, dia memaklumkan harus bagi seorang wanita belum berkahwin untuk mengenakan inai pada jari mereka.
“Memang viral dekat TikTok pasal inai dan tidak terkecuali ada ahli ulama yang berbincang mengenai perkara ini. Sebab isu ini memang ada perbahasan mengenai wanita memakai inai.
“Lelaki pakai inai memang tak boleh walaupun ada fatwa yang bagi dan sebagainya.
“Inai bagi wanita selepas bernikah memang tidak menjadi kesalahan. Ini bukan isu inai rambut tetapi inai di jari. Lepas daripada pernikahan, tiada masalah untuk wanita pakai inai.
“Cuma bagi wanita yang belum bernikah, sebahagian daripada ulama tidak membenarkan, sebahagian ulama lagi membenarkan. Yang membenarkan pula tak bagi kita pamerkan.
“Tapi saya lebih cenderung dengan fatwa yang mengharuskan wanita walaupun bujang, untuk memakai inai dengan kadar yang tidak berlebihan. Kalau dia nak pakai inai kat jari tu, hukumnya harus,” ujarnya.
Tambah Imam Muda Asyraf lagi, ada beberapa fatwa yang melarang untuk wanita belum bernikah memakai inai.
“Saya hormat ada pandangan yang tak bagi pakai walaupun belum bernikah sebab memang ada petikan Mazhab Syafie tapi saya lebih cenderung dengan pandangan fatwa yang kata harus untuk wanita pakai inai,” ujar Imam Muda Asyraf lagi.
Jadi, terpulanglah pada seseorang individu itu untuk mengambil pandangan yang mana satu untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
Topic Berkaitan
#Sinar Fm
#Imam Muda Asyraf
#Hukum pakai inai
Must-Watch Video