,
Hiburan

“Hubungan Suami Isteri Perlu Ada Kepercayaan, Jangan Sebab Nafsu Anak-Anak Merana” - Elly Mazlein

Umirah Halim
15/09/2024
23:55 MYT

Meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada pasangan, penyanyi dan pengacara popular Elly Mazlein mengakui tidak pernah memeriksa telefon mahupun dompet suaminya.

Kepercayaan penting dalam hubungan

Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom berkata, kepercayaan sesama sendiri sangat penting dalam hubungan rumah tangga bagi mengelakkan hubungan yang toksik.

“Dalam hubungan suami isteri ini perlu ada kepercayaan, jangan sampai pasangan kita hilang kepercayaan itu.

“Saya tak pernah periksa telefon suami, dompet suami juga saya tak periksa atas dasar percaya pada dia sebab saya tidak mahu ada hubungan yang toksik.

“Saya percaya dia sangat dan saya pesan jangan buat saya hilang kepercayaan kepada dia. Kalau tidak, tiada jalan untuk bersatu. Ini adalah satu-satunya peluang untuk dia. Ini juga nasihat untuk diri saya sendiri,” ujarnya ketika ditemui Gempak di majlis pembukaan cawangan ke-5 Kedai Emas Merchant 9 pada Ahad.

BERITA TRENDING: Fail Cerai Terhadap Fattah Amin, Fazura Nampak Tenang...

BERITA TRENDING: Fazura Titip Pesanan Buat Fatima Aisya –

BERITA TRENDING: Nasihat Fazura Buat Suri Rumah - “Kalau Tak Boleh

BERITA TRENDING: 7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Ami

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai isu kecurangan dalam rumah tangga, Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berpendapat pasangan suami dan isteri masing-masing perlu berfikir sebelum melakukan perkara yang tidak diingini supaya tidak menyesal di kemudian hari.

“Saya dah pesan kepada suami saya sebelum buat apa-apa kita perlu fikir anak-anak dan keluarga.

“Bagi saya, sekiranya dia fikirkan perkara tersebut (pesanan fikirkan anak-anak), tidak akan berlaku nya perkara tidak sepatutnya (curang, penyondol).

“Kerana disebabkan nafsu, anak-anak yang merana nanti, keluarga pun malu.

“Kesian dekat anak-anak, jadi sebelum kita buat apa-apa perlu fikir dahulu kesan buruk dia selepas itu,” tambahnya lagi.

Kebelakangan ini, kes kecurangan rumah tangga dan gangguan ‘si penyondol’ hangat diperkatakan di media sosial.

Terdahulu, Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 34, yang bertugas sebagai guru pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang anak, Haider Mateen, 3.

Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015. Mereka juga dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 8.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

"Tiada Apa Pun Yang Berlaku" - Heliza Nafi Rumah Tangga Berantakan, Masih Jalani Kehidupan Suami Isteri

gempak
21/11/2024
10:24 MYT
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi menolak dakwaan rumah tangga dengan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bergolak dan berdepan masalah.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar