HIBURAN
Hubungan Atikah Suhaime Dengan Suami Berubah Sejak Ada Anak - “Rasa Macam Lain, Hari-Hari Nak …”
Pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui hubungannya dengan suami iaitu usahawan Datuk Lokman Teh berubah semenjak kelahiran anak pertama mereka, Lyla Mulan Teh.
Kehidupan berbeza
Hampir setiap hari bergaduh, Atikah memberitahu kehidupan mereka suami isteri sudah berbeza dan tidak sama seperti sebelum ada anak.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dua Bulan Baru Berani” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Pertama Mandikan Anak
ARTIKEL BERKAITAN: “Takkanlah Mama Saya Nak Racun Anak Sendiri” – Selesai Berpantang, Atikah Suhaime Berang Ditegur Makan Ikan Pari
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Puji, Syukur Dikurniakan Isteri Seperti Atikah Suhaime - “Tak Pernah Minta Duit, Dia Jenis Lurus & Ikhlas”
“Dugaan selepas lahir anak ini, rasa macam lain la. Hari-hari nak gaduh. Orang tak pernah cerita tentang hubungan suami isteri selepas dapat anak.
“Saya jadi tak tahu apa-apa. Dalam masa sama, saya rindu suami saya tapi masa yang sama tak berjauhan dengan anak saya. Rasa berbeza la.
“Lepas lahir anak ini, hubungan kita berada dalam peringkat yang berbeza, tak sama macam zaman kita dating sebelum ada anak.
“Selalu bersama, kita macam partner in crime, sekarang kami macam partner in dryper. Rasa macam itu la,” kongsi Atikah menerusi temu bual di TikTok Pa&Ma.
Sisi berbeza suami
Bagaimanapun, pelakon kelahiran Singapura itu menganggap proses tersebut mengajarnya untuk bersabar selain dapat melihat sisi berbeza suaminya,
“Proses ini banyak mengajar saya untuk bersabar. Saya tak sangka bila tengok sisi berbeza suami saya. Yela, dia lahir-lahir anak orang kaya. Semua maid buat.
“Tapi sangat amazing, hari pertama ada baby itu dia tolong gantikan pampers. Saya jadi tak percaya dia tolong saya. Sebab dia bukan orang seperti itu.
“Dia seorang yang ‘saya bayar, awak buatkan untuk saya’. Itu kali pertama saya lihat suami saya yang berbeza. Saya jadi tambah sayang,” ujarnya.
Terima kasih
Dalam pada itu, Atikah turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa memahami dan bersabar dengan keadaan emosinya selepas bersalin.
“Saya berterima kasih kepada suami saya sebab memahami keadaan emosi saya. Dia tak ada nak paksa-paksa. Setiap hari saya akan tanya dia ‘do you still love me?’.
“Dia sangat sabar… kalau saya sebagai lelaki, mungkin saya dah gerak dah. Setelah ada anak, dia orang yang berbeza,” katanya.
Must-Watch Video