Viral

Hospital Didakwa ‘Spin’ Isu Simpan Mayat Bayi, Aktivis Wan Cai Tampil Dengan Bukti - “Doktor Lupa Ada Saksi Mata Yang…”

gempak
Asyikin Mayudin
12/12/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Hospital Didakwa ‘Spin’ Isu Simpan Mayat Bayi, Aktivis Wan Cai Tampil Dengan Bukti - “Doktor Lupa Ada Saksi Mata Yang…”
Susulan kenyataan sebuah hospital swasta, pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai tampil membidas semula segala dakwaan berhubung isu menahan dan membekukan jenazah bayi.

Nak tutup kesalahan

Menerusi perkongsian di Facebook, Wan Chai mendakwa hospital berkenaan telah memutar belit fakta semata-mata untuk mempertahankan kesalahan daripada pihak mereka.

“Kelakar lah doktor ni kan? Doktor keluarkan kenyataan punyalah spin 360. Pihak sana kata ibu baby Adham mereka tak tahan dan keluar pada hari yang sama.

“Kalau tak tahan macam mana 7 Disember ada saksi boleh pergi melawat ibunya dekat wad hospital? Tapi doktor lupa ada saksi mata yang datang ke hospital sebelum baby dan ibunya dilepaskan pada pagi 9 Disember,” dakwanya.

Bukti resit & gambar

Bukan itu sahaja, Wan Chai turut menampilkan beberapa bukti termasuk resit bayaran dan gambar ketika kejadian.

“Kawan satu kerja dah bayar RM663, guna duit sumbangan kilat. Kawan dengan si ayah dah cuba tuntut baby Adham tapi staf hospital tak nak lepaskan juga. La ni doktor nak spin pakai mesin basuh jenama apa pula?” ujarnya.

Pada Rabu, Hospital Bersalin Razif (HBR) menerusi kenyataan media menjelaskan kejadian sebenar berhubung isu menahan dan membekukan bayi di hospital selama 16 hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Bayi Diletak Dalam Peti Ais Selama 16 Hari, Ini Kronologi Bapa Tak Cukup Duit Bayar Bil Hospital Swasta - “Kawan Saya Panik…”

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Bayi Dibeku 2 Minggu, KKM Telah Mulakan Siasatan Terhadap Hospital Swasta

ARTIKEL BERKAITAN: Hospital Swasta Tampil Perjelas Isu Simpan Mayat Bayi 2 Minggu, Dakwa ‘Suami Isteri’ Belum Berkahwin

Ia berikutan pendedahan di Facebook Mr Wan Cai mengenai kisah sedih satu jenazah bayi yang didakwa telah dibekukan dan ditahan selama 16 hari di sebuah hospital swasta kerana bapanya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk melunaskan bil rawatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024