,
Laman Utama

Hos MOTOGP Maria Vania Bosan Kerap Terima Foto Alat Sulit Lelaki

Maliah Surip
16/05/2021
12:49 MYT
Seorang hos program sukan, Maria Vania baru baru ini mengaku banyak menerima kiriman foto alat sulit lelaki dan pesanan lucah setiap hari ke akaun Instagramnya.
Maria yang cukup terkenal sebagai hos MOTOGP ini memiliki sosok tubuh yang mengiurkan sangat terkenal dengan pelbagai pose dan foto seksi yang dikemas kini dalam akaun Instagramnya.
Oleh yang demikian, Maria yang juga seorang model di Indonesia ini memang kerap dihujani komen komen nakal daripada lelaki, sehingga ada yang lebih berani menghantarkan foto alat sulit mereka.
"Saya menerima banyak sangat foto dari lelaki lelaki jahil yang mengirim gambar alat sulit mereka melalui DM.
"Banyak. Sangat banyak. Malah ada yang mengirim foto lucah itu bukan melalui akaun palsu," akuinya seperti dilaporkan Insertlive.
Menurut wanita berusia 30 tahun itu lagi, dia bosan kerana terlalu banyak menerima kiriman foto lucah dan permintaan aneh daripada lelaki yang membanjiri akaun Instagramnya.
"Sampai bosan lihatnya. Jadi ada yang saya biarkan. Ada yang saya report atau block. Menurut saya semua yang dihantar atau diperkatakan itu tidak sopan," akuinya.
Dia yang menjadi terkenal selepas menjadi pengulas Piala Dunia 2014 Brazil juga mengatakan banyak menerima tawaran untuk menemani dan melayan keinginan para lelaki.
"Biasalah ada dapat tawaran aneh aneh seperti meminta saya menemani mereka ke Amerika Syarikat.
"Minta saya layan itu dan ini. Banyak. Tapi satupun tidak pernah saya layan," kata wanita yang berasal dari Bandung ini.
Instagram: @maria_vaniaa
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

gempak
09/09/2024
04:55 MYT
Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Viral

"Saya Tiada Niat Nak Menggoda Sesiapa" - Adib Bananadibs

gempak
03/09/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda, Adib Bananadibs tidak terfikir foto bersinglet yang dikongsikan di platform media sosialnya punyai niat tersembunyi.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.