MODIFIKASI
Honda Aventador
Modifikasi menukar imej kereta sedia ada menjadi jenama lain bukannya suatu yang baru.
Di Malaysia, produk Proton boleh ditukar menjadi wajah model rali Subaru dan Mitsubishi. Ini budaya modifikasi yang tidak dapat disanggah.
Kalau di India, transformasi yang dilakukan sememangnya gempak. Mereka boleh menukar sebuah kereta Honda menjadi Ferrari dan Lamborghini.

Merujuk kepada satu klip video yang dimuat naik di YouTube, Aventador Mumbai ini menyaksikan transformasi kosmetik luar dan dalam.

Setiap sudut disalin bagaikan sebuah Lamborghini bernilai jutaan ringgit. Pintunya adalah jenis scissor. Lampu depan dan belakang bertatah imej kenderaan jenama Itali itu. Ekzos pula ditempatkan di bahagian tengah.

Ada sesiapa mahu menukar Proton Saga kesayangan menjadi Lamborghini? Jika ada, jangan lupa hubungi kami.
Must-Watch Video