,
Laman Utama

#HisteriaTheSeries: Rahsia Cikgu Rayyan Terbongkar, Diana Mati, Murnilah Tuan Yang Sebenar!

Azwa Rahman
21/07/2022
08:26 MYT
Drama bersiri seram Histeria The Series yang disambung daripada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria kini kembali menerusi slot Astro Originals di saluran Astro Citra.
Memasuki minggu ketujuh, wargamaya mendakwa setiap babak di dalam drama bersiri ini semakin mengundang rasa resah.
Dalam episod The Awakening pada Isnin lalu, wujud figura misteri yang dilihat menanam tangkal di ladang kelapa sawit. Dalam pada itu, Alia dan Putri menemui rahsia kotor cikgu Rayyan.
Di laman Twitter, ramai wargamaya terkejut dengan rahsia yang selama ini disimpan cikgu Rayyan.
Rata-rata penonton pula tidak terus meneka siapakah pencetus kepada misteri yang menimpa sekolah tersebut.
“Macam semua orang ada kaitan dengan Farah's death ni,” komen seorang wargamaya.
“I rasa antara suspek boleh jadi Prof sejarah tu.. like, those kasut yang tuang darah dekat azimat yang ditanam tu like, takkanlah khairul or pak azman.. and like murni finally come back to the school,” teka seorang wargamaya.
“Aku rasakan encik rayyan ni dia gatal je tau, tapi dia tak bunuh pun farah n vanida tu,” tulis seorang wargamaya.
“Susah nak agak siapa pembunuh Farah. Entah-entah Farah macam Vanidah juga. Hantu yang bunuh dia,” kata seorang wargamaya lagi.
Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.
Naskhah Histeria The Series diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.
Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
Saksikan episod akhir Histeria The Series pada 25 Julai ini yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

gempak
11/09/2024
06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.
Hiburan

"Waktu Main Scrabble Dengan Isteri, Saya Bertanya ..." - Afdlin Shauki

gempak
04/06/2024
20:17 MYT
Seimbangkan kerjaya dan kehidupan antara topik utama yang diangkat dalam naskhah Papadom, dalam versi filem dan terbaharunya; novel.
Hiburan

“Satu Hari Nanti Awak Pun Akan Berkedut” - Zain Saidin Mohon Jaga Adab, Jangan Kritik Rupa Orang Tanpa Solekan

gempak
02/02/2024
05:55 MYT
Zain mohon jaga adab.
Hiburan

“Ini Baru Betul Bibik” - Rakam Video Tanpa Mekap, Liyana Jasmay Dibuli Netizen Bermulut Celupar!

gempak
30/01/2024
02:55 MYT
Jahatnya mulut...
Laman Utama

Netizen Tak Buat ‘Homework’, Nak Serang Orang Lain Tapi Terserang Liyana Jasmay

gempak
20/10/2023
01:50 MYT
Macam-macam perangai netizen