,
Laman Utama

#HisteriaTheSeries: Dr Aishah & Ismail Terjah Sekolah Alia, 4 Gadis Ini Berani Mati Main Papan ‘Ouija’!

Azwa Rahman
10/07/2022
17:52 MYT
Drama bersiri seram Histeria The Series yang disambung daripada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria kini kembali menerusi slot Astro Originals di saluran Astro Citra.
Memasuki minggu keenam, Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.
Dalam episod berjudul Doubt malam ini, doktor yang menjaga Murni, Dr Aishah bersama bekas Inspektor Ismail pergi ke sekolah Alia untuk mendengar kisah misteri yang dihadapi dengan lebih dekat.
Prof. Zainal pula memberi amaran kepada cikgu Rayyan agar jangan ganggu Alia.
Dalam pada itu juga, Alia dan kawan-kawannya bermain papan ‘ouija’ dan diganggu oleh satu kuasa yang ngeri.
Naskhah Histeria The Series hasil arahan James Lee diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.
Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam yang bermula pada 6 Jun lalu.
Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

gempak
11/09/2024
06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

gempak
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat.
Hiburan

"Waktu Main Scrabble Dengan Isteri, Saya Bertanya ..." - Afdlin Shauki

gempak
04/06/2024
20:17 MYT
Seimbangkan kerjaya dan kehidupan antara topik utama yang diangkat dalam naskhah Papadom, dalam versi filem dan terbaharunya; novel.
Hiburan

Ziana Zain Diva Seluruh Generasi, Musnahkan Skeptikal Usia 56 Hanya Angka

gempak
27/05/2024
15:55 MYT
Ziana Zain di depan mata. Tanpa pernyataan ‘show off’, beliau mempersona, anggun dan punya aura seperti sejak pertama kali kemunculannya lebih 20 tahun lalu.
Hiburan

Ibu Solat Hajat, Bapa Ziana Zain Video Call Mahu Lihat Baju & Solekan

gempak
26/05/2024
09:55 MYT
Penghibur Ziana Zain mendapat kejutan apabila menerima panggilan video daripada bapanya, Zain Abdullah menerusi adik, Anuar Zain sewaktu membuat persembahan pada Ziana Zain Konsert 2024 di Mega Star Arena.