,
Laman Utama

His Dark Materials S3: Amir Wilson & Dafne Keen Tak Sedar Dah Jatuh Cinta Ketika…

Syafiqah Jalal
30/12/2022
11:51 MYT
Siri popular His Dark Materials musim ketiga (His Dark Materials S3) telah pun melabuhkan tirai untuk episod akhirnya Isnin lalu.
Namun penonton masih lagi boleh menonton berulang kali His Dark Materials S3 yang ditayangkan sejak empat minggu di HBO GO.
Bagi yang masih lagi belum menontonnya anda belum terlambat dan masih lagi boleh menontonnya di Astro On Demand.
Buat peminat siri ini, Gempak kongsikan sedikit temu bual bersama pelakon utamanya Dafne Keen dan Amir Wilson.
Selain berkongsi serba sedikit mengenai watak mereka, pasangan ini juga berkongsi pengalaman mereka bercinta di dalam siri terakhir ini.
Gempak: Lyra mempunyai corak kembara yang menjadikannya heroin yang sempurna dalam kisah Pullman. Jadi dalam musim 3, Apa yang membuatkan Lyra menarik?
Dafne: Saya rasa tidak banyak bezanya dengan musim pertama dia masih seorang yang mempunyai sifat yang kuat dalam dirinya penuh sensitif, kelembutan, empati. Cuma kali ini lebih matang.
Gempak: Boleh anda ceritakan tentang hubungan Lyra Pan dalam musim terbaharu?
Dafne: Saya rasa setiap hubungan dia sebelum ini dan bila dia semakin besar ia menjadi lebih sukar namun dia cuba untuk memperbaiki semana yang boleh dengan Pan. Saya rasa itu sebahagian daripada perjalanannya bila dia membesar. Ia sangat seronok untuk ditonton kerana dirinya seperti tidak seimbang tapi nampak semua jadi.
Gempak: Bolehkah berkongsi sebarang perkara menarik tentang perjalanan Will mencari Lyra musim baharu?
Amir: Saya rasa untuk musim terbaharu kali ini penonton perlu faham yang dia sedah pun membesar dan dewasa. Malah ibu bapanya juga kena layannya lebih dewasa. Dia gembira berjumpa Lyra lagi tapi dalam versi baharu iaitu lebih matang. Bukan pemikiran sahaja matang tapi boleh lihat saya sendiri dari fizikal sudah membesar dan tinggi.
Gempak: Kepada Dafne dan Amir - apakah yang anda boleh beritahu kami tentang percintaan atau ‘budding romance’ antara Lyra dan Will?
Dafne: Saya rasa ia sangat indah dan menarik kerana mereka tidak tahu sebenarnya mereka sedang jatuh cinta sehinggalah sesuatu berlaku. Lyra tak tahu apa perasaan yang dirasinya kerana hubungan itu lebih kepada persahabatan.
Tetapi ia berjalan dengan sangat mudah dan indah malah lebih realistik. Pada saya Amir telah lakonkan dengan sangat baik.
Amir: Saya rasa ia berjalan dengan sangat ‘natural’ mereka adalah ‘true friends’ malah mereka berkongsi pengalaman itu bersama sejak kecil.
Selain Dafne Keen dan Amir Wilson His Dark Materials S3 turut dibintangi oleh Ruth Wilson, James McAvoy, Simone Kirby, Will Keen, Jade Anouka dan Ruta Gedminstas.
Berdasarkan The Amber Spyglass, novel ketiga dan terakhir dalam trilogi Philip Pullman yang memenangi anugerah, musim ketiga His Dark Materials mengandungi sejumlah 8 episod dan pengarah termasuk Amit Gupta, Charles Martin dan Weronika Tofilska.
His Dark Materials dihasilkan oleh Bad Wolf bersama dengan Pawagam New Line untuk BBC One dan HBO. Eksekutif yang menghasilkan siri ini ialah Jane Tranter, Dan McCulloch, Joel Collins dan Julie Gardner untuk Bad Wolf; Philip Pullman, Jack Thorne, Tom Hooper; Deborah Forte, Toby Emmerich dan Carolyn Blackwood untuk Pawagam New Line; dan Ben Irving untuk BBC.
Saksikan His Dark Materials 3 di HBO GO sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Menangis Terduduk Di Tangga Bas Sekolah, Cik Bibah Panjat Syukur Doa Termakbul - "Mak Dah Tak Kuat..."

gempak
18/09/2024
10:25 MYT
Doa ibu tiada hijabnya, itu yang dapat diringkaskan menerusi kisah yang viral melibatkan 'Abang Bas' dan ibunya yang dapat kembali memeluk anak lelakinya selepas dibebaskan dengan wang jaminan RM40,000.
Viral

Peminat Jadi Tak Keruan Jumpa IShowSpeed, Restoran Uncle Roger Terpaksa Tutup - “Saya Sebenarnya Tak Faham Kenapa…”

gempak
18/09/2024
08:25 MYT
Kehadiran YouTuber terkenal, IShowSpeed di restoran Uncle Roger di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur sememangnya menarik peminatnya untuk turut menyerbu lokasi tersebut.
Hiburan

Banyak Baik Daripada Buruk, Betty Banafe Minta Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada GISB - “Saya Bangga GISB Wujud Kerana…”

gempak
15/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Betty Benafe meminta orang ramai agar tidak cepat menjatuhkan hukum secara  pukal kepada Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) berhubung kontroversi melanda syarikat berkenaan.
Hiburan

"Saya Pun Dah Tua, Tak Tahu Sampai Bila Akan Hidup" - To'ki Tak Kisah Tak Terima Bayaran Ajar Orang Menyanyi

gempak
15/09/2024
03:55 MYT
Penyanyi To'ki mengakui dia pernah tidak menerima sebarang bayaran ketika memberi latihan nyanyian kepada individu yang ingin menuntut ilmu dengannya.
Hiburan

Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

gempak
11/09/2024
08:50 MYT
Penghibur terkenal Hong Kong, Andy Lau menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas melihat penyanyi tersebut jatuh di atas pentas.