,
Laman Utama

Hiruk-Pikuk Di Dapur Bila Chef Masak-Masak Dengan Selebriti, Eh Ada Rancangan Baru Star Vs Food Malaysia Lah!

Amri Hassan
02/04/2022
06:25 MYT
Apa agak-agaknya akan jadi bila artis masuk ke dapur bersama cef popular Malaysia? Hiruk-pikuk ker tak?
Pastinya luar biasa kecohnya bila mereka digandingkan dalam rancangan terbaharu Star Vs Food Malaysia yang akan bersiaran pada Ramadan nanti.
Dalam Star Vs Food Malaysia, 10 selebriti popular tanah air akan digandingkan bersama cef tersohor untuk menyahut cabaran menyediakan hidangan kepada rakan-rakan mereka.
Antara cef tempatan yang terlibat dalam rancangan ini ialah Chef Florence Tan, Chef Yogi, Chef Adu Amran, Chef Fazley Yaakob, Chef Ismail dan Datuk Aznil Nawawi.
Manakala, pasangan selebriti yang akan bergabung dengan cef pula seperti Daiyan Trisha, Alif Satar, Sherry Alhadad, Lisa Surihani, Hisyam Hamid, Che Puan Juliana Evans dan ramai lagi.
Antara hidangan menarik yang akan dimasak pasangan pelakon dan cef untuk musim kali ini ialah Shell Out Balado, Pekasam Daging & Rebung, Grilled Salmon Asam Pedas Bisque, Chicken Souvlaki, Apple Crumble, Jagung Bakar Macarons, Sambal Binagre, Soy Limang Terung dan macam-macam lagi!
Star Vs Food Malaysia merupakan rancangan yang diadaptasi daripada Star Vs Food India yang menyaksikan bintang Bollywood memasak hidangan istimewa dengan bantuan daripada cef profesional.
Star Vs Food Malaysia akan bersiaran selama 10 episod bermula 16 April 2022 setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 12 tengah hari di saluran PRIMEtime (CH 704).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.