,
Hiburan

Hilang Arah Selepas Ditamatkan Perkhidmatan Di Stesen Radio, Fizie Pernah Terfikir Nak Akhiri Nyawa Sendiri - “Aku Hampir Terjun, Nasib Baik Allah Hantar…”

Asyikin Mayudin
19/07/2024
00:55 MYT
Penyampai radio Fizie tidak menyangka segala pengorbanan dan komitmen yang diberikan sepenuhnya kepada kerja selama 10 tahun tidak dihargai apabila dia diberhentikan serta merta di sebuah stesen radio pada Julai 2021.

Hampir Terjun Dari Bukit

Disebabkan dalam keadaan hilang arah selepas ditamatkan perkhidmatan, Fizie yang kini bertugas sebagai penyampai radio di Gegar FM mendedahkan dia pernah hampir menamatkan nyawanya.

“Lepas itu aku hilang arah… aku hampir bunuh diri. Masa itu, aku start motor, aku pergi ke sebuah bukti… malam itu, aku nak tenangkan diri aku. Aku hampir terjun… aku fikir macam ‘ah tak guna ke hidup aku ini dah tak relevan kot’.

“Aku hampir terjun… nasib baik Allah hantar seorang perempuan pada aku nama dia Fatin Syarmimi, bini aku. Dia telefon ‘papa dekat mana’. Aku dah nak terjun dah masa itu. Aku fikir, terjun kepala dulu selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: GEGAR Tampil Dengan Segmen Bro Pagi Gegar, Perkenal Fizie Roslan Sebagai Penyampai Baharu!

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad Mohon Cuti Dengan Bos ERA Guna Billboard Gergasi - "Saya Dah Lama Minta, Tapi Susah Nak Lulus"

“Yela, bila kita dalam keadaan begitu syaitan akan berbisik. Kita manusia ini lemah, hati kita berbolak balik. Tapi bila bini aku call, aku beritahu dekat bukit, dia cakap ‘balik la papa, anak-anak tunggu’.
“Aku pun balik… aku buat solat taubat dan menyesal dengan apa yang aku lakukan,” kongsi fizie menerusi Dol’s podcast bersama dua rakan baiknya, Shuk Sahar dan Shuib.

Diuji Perniagaan Terpaksa Dihentikan

Pada perkongsian yang sama, Fizie berkata ketika itu juga dia diuji dengan perniagaan yang diusahakan pada PKP terpaksa dihentikan dan hanya bergantung pada pendapatan di stesen radio tersebut.

“Ketika itu juga aku diuji dengan perniagaan aku yang diusahakan masa PKP, aku terpaksa ‘let go’ dan berharapkan income di radio. Aku terbayang muka bini dan anak-anak.

“Aku start motor dan menangis teresak-esak. Aku terfikir macam mana nak beritahu bini aku ini yang aku tak kerja. Apabila habis itu, aku start motor balik rumah… bini aku dapat hidu sesuatu. Sebab selalu aku balik, senyum, letak bag.
“Aku tengok muka dia, aku menangis… bini aku peluk aku, cakap ‘sayang faham, papa tenang’. Aku tenang, naik atas sambil tangan ketar. Selalu aku call ibu aku, tapi aku call bapa aku.
“Kita kadang-kadang tak perlu bercakap pun… by heart. Dia hanya dengar aku menangis. Aku diam, aku menangis. Dia cakap ‘abang tenang, rezeki Tuhan itu mana-mana’,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

gempak
04/09/2024
14:30 MYT
Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.
Hiburan

“Bila Dengar Luahan Masalah Orang, Buat Saya Rasa Lebih Bersyukur” - Mawi

gempak
27/08/2024
15:46 MYT
Penyanyi dan penyampai ZAYAN, Mawi akui segmen ‘Bukan Nama Sebenar’ di platfom radio berkenaan banyak mengajarnya erti bersyukur.
Hiburan

Tiada Lagi Usikan Nakal Di Konti Radio, Haniff Tinggalkan ERA & Ean Undur Diri Dari HITZ

gempak
31/07/2024
12:23 MYT
Penyampai radio ERA, Haniff Hamzah dan HITZ iaitu Ean mengambil Keputusan untuk meninggalkan kerjaya mereka.
Hiburan

Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan Berhenti Jadi Penyampai Radio SINAR - “Saya Perlukan Kerja, Saya Memang Nak…”

gempak
31/07/2024
02:55 MYT
Pelawak Angah mengambil keputusan untuk berhenti daripada tugas sebagai penyampai radio SINAR atas faktor masalah kesihatan yang dihadapinya.
Viral

Pilih Hotel Mewah Di Bangkok, Enggan Staf Bancuh Teh, Wanita Racun 5 Rakan Sebelum Bunuh Diri

gempak
18/07/2024
18:40 MYT
Seorang wanita berusia 56 tahun ditemui maut bersama lima rakan di bilik sebuah hotel mewah di Bangkok, Thailand dalam satu insiden yang menggemparkan.