,
Laman Utama

Hikmah Disebalik Video Tular, Adik Aqil Bakal Terima Kaki Palsu

Gempak
03/09/2023
14:55 MYT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membawa murid Orang Kurang Upaya (OKU) Muhammad Aqil Naufal Zahiran, bertemu dengan pakar untuk menentukan jenis prostetik yang diperlukan bagi membolehkannya menyertai aktiviti sukan.
Menerusi hantaran di Facebook, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya melalui Institut Sukan Negara (ISN), akan menyelia pemasangan prostetik bagi murid berusia 11 tersebut yang memerlukan kaki palsu paras pinggul, pada Jumaat.
Kisah Muhammad Aqil menjadi tular, apabila klip yang memaparkan dia menamatkan perlumbaan 100 meter menggunakan tongkat, dalam satu Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas.
Pelajar sekolah tersebut merupakan murid Program Pendidikan Inklusif Penuh di sebuah sekolah rendah di Pahang itu, kehilangan kaki kirinya akibat jangkitan kuman pada 2015.
"Ia bukan tentang menjadi yang terpantas, tetapi mengenai keinginan dan keazamannya untuk menamatkan perlumbaan yang mengagumkan saya," kata Hannah.
Sementara itu, Pakar Perubatan Sukan di ISN Dr Ahmad Munawwar Helmi berkata pihaknya akan menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas Muhammad Aqil, bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang berlaku sekiranya beliau memakai kaki palsu berkenaan.
"Kami membuat pemeriksaan susulan untuk memastikan sokongan jangka panjang dan tiada komplikasi," katanya.
Turut hadir pada sesi pertemuan tersebut adalah pihak Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mengetuai inisiatif Projek Tongkat yang bertujuan menawarkan sokongan, kepada mereka yang diamputasi melalui sukan.
Mereka yang kudung kaki dan ingin bermain bola sepak boleh hubungi 011-36296375 atau e-mel ke myamputeefa@gmail.com atau berhubung di media sosial melalui laman Facebook Projek Tongkat dan Instagram projek_tongkat.
Sumber - BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Tak Tahu Kaki Patah, Saya Tengok Perarakan Sampai Tamat"

gempak
03/09/2024
10:42 MYT
Beberapa jam sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2024, seorang wanita tidak menyangka mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat terjatuh.
Viral

Penduduk Kampung Beratur Minum Air Rendam Kaki Haji, Hajah

gempak
06/07/2024
18:39 MYT
Sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan sekumpulan penduduk di sebuah kampung beratur untuk meminum air rendam kaki yang didakwa sebagai 'air berkah'.
Viral

Viral Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Balik Haji, Ini Komen Pendakwah - "Ia Tak Jatuh Syirik Tapi Satu Perbuatan Yang ..."

gempak
06/07/2024
08:55 MYT
Baru-baru ini kecoh di media sosial berkaitan tindakan beberapa orang wanita di Indonesia yang meminum air basuhan kaki pasangan suami isteri yang baru pulang dari menunaikan haji.
Sukan

"Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Luar Bidang Kuasa KBS" - Hannah Yeoh

gempak
25/06/2024
04:50 MYT
Pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan dibangunkan dengan mengambil kira konsep rekaan terkini walaupun berdepan kekangan tertentu, menurut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib.
Sukan

Terkini: “Kaki Memang Menggigil & Hati Meronta-Ronta" – Faisal Halim

gempak
13/06/2024
07:17 MYT
Pemain Selangor, Faisal Halim, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dirinya dan keluarga sepanjang dirinya dalam proses pemulihan sejak insiden disimbah asid.