Hiburan
Hidap Kanser Prostat, Kieran Selesai Uruskan Wasiat - "Saya Cuma Fikir..."
Selepas disahkan menghidap kanser prostat, bekas penyampai radio Maskiran Jakiran atau lebih dikenali sebagai Kieran memberitahu dia kini lega setelah semua urusan wasiat telah selesai.
BERITA BERKAITAN:Tular Video Jaga Ibu Sakit Di Hospital, Isha Norsham Sanggup Terbang Ke Terengganu Demi Adik Iman - “Akak Datang Pun Saya Dah Seronok”
BERITA BERKAITAN:Jarang Terima Tawaran Persembahan, Kumpulan Bocey Belum Terkubur - "Stesen TV & Radio Bukan Lagi Milik Kami"
BERITA BERKAITAN:Cipta Kelainan Dari Biasa, Penyampai Radio ERA FM Turun Padang Lakukan Siaran Langsung Menerusi Trak Berkaca
Kata Kieran, dia mula sedar tentang kepentingan menguruskan wasiat itu apabila tahu keadaan kesihatan kurang baik.
"Saya waktu itu dah beritahu password kad bank pada isteri. Semua password yang penting isteri dah tahu. Saya kebetulan ada sahabat yang bekerja untuk buat wasiat jadi saya dah uruskan semuanya. Semua sudah selesai.
"Ketika doktor memberitahu saya menghidap kanser, dalam fikiran cuma fikir mati. Apa lagi kita nak fikir kalau kanser. Memang mati sahaja yang bermain.
"Saya tak ambil masa yang lama. Waktu itu saya cuma fikir saya perlu selesaikan apa yang ada. Harta tidaklah banyak mana. Cuma perkara-perkara begini penting. Bila kita dah mati yang kita lihat mudah ini yang akan jadi susah," katanya.
Berkongsi mengenai perkembangan kesihatan dirinya, Kieran memberitahu, keadaannya kini bertambah baik.
"Sekarang ini nampak memang macam okey. Tetapi dari segi dalaman saya tak tahu bagaimana. Cuma yang buat saya gembira baru-baru ini doktor memberitahu rawatan saya setakat ini sangat positif dan boleh baik. Insya-Allah.
"Saya sudah jalani dua kali kemoterapi dan doktor kata sel kanser dalam badan saya banyak yang dah hilang. Memang saya rasa lega," ringkasnya.
Oktober lalu Kieran, 49, dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser prostat yang telah mula merebak ke bahagian perut dan paru-paru.
Sementara itu, Kieran yang telah menolak tawaran kerja pengacaraan turut dinasihatkan doktor untuk berehat.
"Saya memang sudah tak ambil kerja pengacaraan majlis sejak Ogos lagi dan memang doktor suruh banyakkan berehat.
"Kalau ada yang offer saya pun, saya memang terpaksa menolak. Saya mohon maaf kepada yang tawarkan kerja dan memang saya terpaksa tolak kerana keadaan saya tidak mengizinkan," katanya.
Must-Watch Video