,
Laman Utama

Hidap Bipolar, Selena Gomez: “Dunia Akan Lebih Baik Tanpa Saya”

Maliah Surip
04/11/2022
08:54 MYT
Mencipta nama dan popular sejak usia kecil ternyata bukan sebuah kesenangan buat Selena Gomez.
Meski bersyukur dengan kehidupan yang dilaluinya, penyanyi dan pelakon yang kini berusia 30 tahun mengaku melalui banyak detik sukar dalam kehidupannya sebelum ini.
Semua hal yang menyakitkan termasuk bergelut dengan masalah gangguan kesihatan mental dan didiagnos sebagai pesakit Bipolar dikongsikan menerusi dokumentari miliknya, Selena Gomez: My Mind and Me.
Bercakap kepada Rolling Stone edisi Disember, Gomez mengaku sudah beberapa tahun terfikir untuk mengambil nyawanya sendiri kerana menderita Bipolar dan Psikosis.
“Saya fikir dunia akan lebih baik jika tanpa saya,” katanya.
Bintang filem Only Murders in the Building itu bagaimanapun menegaskan dia tidak pernah melakukan cubaan bunuh diri.
Menurut Gomez yang kini mendapatkan khidmat pakar dan terapi untuk membantunya pulih dari depresi, anxiety dan psikosis, fasa usia 20-an adalah zaman kegelapan buatnya.
“Saya fikir sewaktu masuk usia 20-an, inilah zaman gelap saya. Saya tidak boleh kawal perasaan, apa yang baik dan apa yang buruk.
“Lalu ia menumbuhkan depresi dan yang lainnya,” akui mantan kekasih Justin Bieber ini.
Dia kemudian menambah: “Benda ini (gangguan kesihatan mental) membuat saya tidak mahu bangun dari tempat tidur, ada masanya dalam satu tempoh yang agak lama, berminggu minggu.
“Atau saya tidak bercakap dengan sesiapa. Kawan akan datang membawakan makanan untuk saya tanpa mengetahui apa sebenarnya yang sedang terjadi.”
Namun kata Gomez, menerusi dokumentari ini, dia dapat bantu memulihkan keadaan diri dan kisah kelam yang tidak boleh dibuang.
“Dalam sisi yang agak aneh, saya melihat dokumentari ini sebagai sebuah kapsul dan fasa kembali kepada diri saya yang ‘malang’ dahulu.
“Dan ia bagus untuk saya bertindak balas terhadap diri sendiri,” akuinya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.