Hiburan

Hero Meteor Garden, Jerry Yan Kenang Pesan Barbie Hsu: “Raikan Hari Ini Seperti Yang Terakhir”

gempak
Maliah Surip
04/02/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
Hero Meteor Garden, Jerry Yan Kenang Pesan Barbie Hsu: “Raikan Hari Ini Seperti Yang Terakhir”
Kematian bintang terkenal Barbie Hsu kerana pneumonia atau jangkitan kuman pada paru-paru selepas terkena influenza beberapa hari lalu meninggalkan banyak kesan terutama dalam kalangan selebriti yang pernah bekerjasama dengannya.
Salah seorang yang ikut berdukacita atas pemergian Hsu pada usia 48 tahun adalah Jerry Yan.
Jerry Yan merupakan pasangan aktor yang digandingnya bersama Hsu menerusi naskhah lakonan popular mereka, Meteor Garden.

Kenang persahabatan

Aktor yang kini berusia 48 tahun itu meluahkan kesedihan dengan mengenang semula persahabatan yang pernah terjalin bersama Hsu sewaktu mereka terbabit dalam drama siri popular Taiwan tersebut.
“Saya bersyukur kerana pernah mengenali dan bertemu anda. Saya masih ingat pesanan yang anda berikan.
“Raikan hari ini seperti yang terakhir dan menikmatinya dengan baik.
“Semoga semuanya akan baik-baik sahaja buat anda. Bermula sekarang, di dunia berbeza, semoga anda tidak berdepan masalah dan tenang di sana,” tulis Yan di media sosial Weibo seperti dilaporkan ABS-CBN.
Yan dan Hsu menjadi pasangan ikonik selepas terlibat dengan drama bersiri 27 episod Meteor Garden yang ditayangkan pada 2001.
Menerusi drama siri tersebut, Hsu membawa watak gadis bernama Shan Cai yang dibuli di sebuah sekolah yang dipenuhi anak orang kaya dan dibuli empat pelajar lelaki kacak iaitu F4 kerana status ekonominya sebelum mereka menjadi sahabat baik.

BERITA TRENDING: Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu Meninggal Dunia Pada Usia 48 Tahun

BERITA TRENDING: “Doakan Kami” - Sama Cantik Sama Padan, Wanna Ali Umum Sudah Bertunang Dengan Pilihan Hati

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Terpalit Isu Seleweng Wang Dana Lepas Beri RM33K kepada Isteri Along Cham - “Saya Yakin Kalau Afreena Menipu Dia…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024