gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tarikh tayangan 23 Julai, Thariq Ridzuwan : His Treasure Ditunda?
BERITA
Kes Zayn Rayyan: Ismanira Nafi Dakwaan ‘Muka Kosong’ - “Sejak Anak Hilang, Saya Lalui Perkara Yang Sangat Perit…”
HIBURAN
Menang Pembantu Lelaki Terbaik Di Thailand, Bront Palarae Harap Jadi Pembakar Semangat - “Bangga Nama Anak Malaysia Terpahat…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Henry Cavill Bukan Superman, Bos DC Studios: “Saya Kasihan Dia…”

Maliah Surip
Maliah Surip
21/07/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Henry Cavill Bukan Superman, Bos DC Studios: “Saya Kasihan Dia…”
Bos DC Studios, James Gunn memberi khabar mengejutkan apabila mengumumkan Henry Cavill tidak akan kembali membawa watak ikonik, Superman.
Kenyataan tersebut diumumkan sewaktu Gunn menjadi tetamu podcast Happy Sad Confused podcast with Josh Horowitz, lapor The Hollywood Reporter.
Ironi nama Cavill sempat disebut sebagai pemain Superman sekitar dua bulan lalu sewaktu projek terbaharu francais naskhah tersebut mahu dimulakan.
“Pada hari kami mencapai kesepakatan kontrak, tiba-tiba nama Henry Cavill diumum sebagai Superman.
“Saya sempat berfikir apa yang berlaku? Kerana kami tahu ia adalah sebaliknya (Superman bukan Cavil),” katanya kepada sewaktu Gunn.
Enggan kemelut berpanjangan, Gunn memberitahu dia dan tim bertemu Canvill.
“Saya berfikir kasihan Cavill dan dia sangat tidak bernasib baik. Jadi saya bertemu Cavill lalu berbincang dengannya.
“Kami duduk berbincang dan dia seorang yang sangt budiman, sangat baik.
“Dia beritahu dirinya lega kerana kami adalah individu yang menjelaskan keadaan ini kepada peminat,” cerita Gunn.
Gunn juga sudah mempunyai pemain baharu yang bakal membawa watak Superman versi 2025. Dia adalah David Corenswet yang telah berjaya menjalani uji bakat bersama enam aktor lain. Corenswet akan menjadi Superman atau Clark Kent dalam Superman: Legacy.
Terdahulu Cavill terlibat dalam Batman v Superman: Dawn of Justice (2016) Justice League (2017) dan menjadi cameo dalam Black Adam (2022). Dia juga pernah menyatakan hasrat untuk terlibat dalam lebih banyak naskhah Superman.
Topic Berkaitan
#Superman
#Henry Cavill
#DC Studios
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement