,
Hiburan

“Hello Atuk…” - Comelnya Aksi Cucu Ismail Sabri Yaakob Minta Buka Taman Permainan

Azwa Rahman
08/07/2020
10:45 MYT
Cucu kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencuri perhatian apabila menelefon datuknya meminta taman permainan dan kolam renang kembali dibuka.
Menerusi laman sosial Instagram, Datuk Jovian Mandagie berkongsi momen anaknya, Jeanelle Nika Mandagie mengusik datuknya untuk tatapan umum.
“Bila J menelefon atuknya, suruh minta buka taman permainan,” tulis Jovian ringkas sebagai kapsyen.
Dalam rakaman video itu, Jeanelle berpura-pura menelefon datuk tersayang untuk meminta taman permainan kembali dibuka.

Suruh minta buka playground

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on

Di akhir ‘perbualan’, Jeanelle turut berpesan agar datuknya itu segera pulang ke rumah.
“Hello atuk, can you open the playground? Okay, coming back soon okay? Bye bye,” ujar Jeanelle ketika ‘bercakap’ dengan datuknya.
Perkongsian itu turut mendapat ramai komen positif daripada wargamaya yang rata-rata terhibur dengan aksi Jeanelle.
“Kalau saya atuk J, mesti cair. Sekarang jugak saya buka taman permainan,” kata pelakon Datin Seri Umie Aida.
“Hahahaah super cute,” puji penyanyi Datuk Rossa.
“Terima kasih J mewakili suara kanak-kanak Malaysia,” komen seorang wargamaya.
“Hahaha untung J terus beritahu atuk ye, bijaknya,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan oleh warga Instagram.
Imbas kembali, Jovian berkahwin dengan puteri tunggal Ismail Sabri, Datin Nina Sabrina pada 11 Disember 2013.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie pada 1 November 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] "Kenapa Bila PM Pakai Batik Tempatan Tak Ada Siapa Ambil Peduli?" - Pengasas Batik Viral Raifili

gempak
29/06/2022
04:20 MYT
Pengasas jenama batik tempatan, Raifili, Siti Fitryah Harun, 32, kecewa dengan sikap segelintir netizen yang sengaja mencari kesalahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Laman Utama

“Cepat Cari Menantu Untuk Papa Awak” - Wish Birthday Ayah, Dafi Kena Sakat ‘Bawa’ Balik Isteri?

gempak
19/01/2022
01:40 MYT
Dah ada jodoh ke
Laman Utama

"Macam Model!" - Keletah Spontan Cucu PM, Jeanelle Nika Datang Parlimen Curi Perhatian Ramai

gempak
17/11/2021
14:13 MYT
Amboi... bukan main Jeanelle Nika ni!
Laman Utama

Cucu Ajak Masuk Kedai Permainan, Netizen Bergurau Minta Ismail Sabri Bersedia - “Gaji Atuk Sebulan Gone”

gempak
27/09/2021
10:45 MYT
Takpe, atuk belanja semua hehe.
Laman Utama

Kuarantin Kendiri, PM Sertai Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2021 Secara Maya & "Terlepas" Hadir Istiadat Angkat Sumpah Kabinet

gempak
30/08/2021
23:42 MYT
Semoga dipermudahkan.