,
Laman Utama

Hebat! Meerqeen & Anna Jobling Terharu Diserbu Peminat Di Indonesia, Disambut Bagai Bintang Ternama

Azwa Rahman
14/08/2022
23:06 MYT
Pasangan drama sensasi, Meerqeen dan Anna Jobling meluahkan rasa terharu disambut bagaikan bintang ternama oleh peminat di Indonesia ketika mendarat di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta pada Ahad.
Menerusi laman sosial Instagram, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkongsi detik ketika diserbu peminat untuk tatapan umum.
Dalam pada masa yang sama, pelakon muda kelahiran Dewi Remaja itu turut menyambut ulang tahun kelahirannya pada Ahad.
“Anna dan Meerqeen dah sampai Jakarta! Anna senang disambut banyak fans di bandara (lapangan terbang). Hari ini ulang tahun saya, banyak hadiah dari fans alhamdulillah dan terima kasih.
“Masa untuk rehat. Nanti kita bertemu lagi sembang-sembang guys,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan Meerqeen dan Anna hadir ke Indonesia atas urusan kerja dan akan menetap di sana selama empat hari bagi jemputan temubual media, sesi bertemu peminat dan beberapa jemputan program TV di saluran Trans TV dan Trans 7.
Menurut seorang individu dari kelab peminat Anna, mereka telah berkampung di lapangan terbang itu seawal subuh berikutan hanya mengetahui tarikh kedatangan dua pelakon itu tanpa mengetahui masa sebenar ketibaan mereka.
Menerusi perkongsian berdurasi kurang dua minit itu lagi, kelihatan Anna turut menerima pelbagai hadiah dari peminat bersempena hari jadinya.
Selain itu, Meerqeen menerusi ruangan IG Story turut merakamkan rasa terharunya terhadap sambutan yang diterima daripada peminat Indonesia.
“Indonesia, anda semua memang hebat,” tulisnya.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 300,000 tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar info, nama Anna dan Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, mula dikenali selepas melakonkan watak suami isteri di dalam sebuah drama tempatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#GMWA2022 : Gandingan Meerqeen & Anna Jobling Menjadi, Melur Untuk Firdaus Dinobat Drama Trending Tergempak

gempak
26/02/2023
13:27 MYT
Tahniah kepada pemenang.
Laman Utama

Tersenarai Wanita Tercantik Dunia, Karier Meroket Sampai Ke Indonesia, Anna Jobling: “My Life Changed Overnight”

gempak
08/01/2023
01:55 MYT
Anna Jobling tersenarai antara 100 wanita tercantik dunia, nama terus meledak selepas Melur Untuk Firdaus!
Laman Utama

Meerqeen Orak Langkah Di Indonesia! Lepas Berlakon Drama, Dapat Offer Pengacara TV Pula

gempak
02/11/2022
15:55 MYT
Tuah dan rezeki Meerqeen!
Laman Utama

Meerqeen Antara 100 Lelaki Terkacak Di Dunia!

gempak
30/07/2022
05:49 MYT
Meerqeen calon tunggal dari Malaysia!
Laman Utama

[FOTO] Anna Jobling Antara 100 Wanita Tercantik Di Dunia!

gempak
24/07/2022
03:46 MYT
Pelakon cantik Anna Jobling tidak menyangka namanya antara yang tersenarai sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler.