,
Laman Utama

Hati-Hati Semua! 1.9 Juta Pengguna Lebuh Raya Sempena Deepavali

Gempak
21/10/2022
09:47 MYT
Pertambahan trafik sehingga 1.9 juta kenderaan dijangka berlaku di semua rangkaian lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sempena cuti umum Hari Deepavali bermula esok.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari biasa.
Tambahnya, pihak PLUS telah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya.
“Ia juga bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka di samping membantu kami mengagihkan trafik yang bergerak di pelbagai destinasi.
“TTA juga diwujudkan bagi mengagih trafik dan mengurangkan kesesakan terutamanya di lokasi kritikal, plaza tol dan kawasan rehat sepanjang musim perayaan ini,” jelasnya melalui satu kenyataan.
Katanya, TTA direka untuk mengelakkan pelanggan yang menuju ke destinasi lebih jauh daripada ‘bertembung’ dengan kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi lebih dekat.
“TTA boleh memberikan kesan yang lebih baik kepada pengalaman perjalanan pelanggan lebuh raya,” katanya.
Tambahnya, orang ramai boleh merujuk jadual TTA di laman web www.plus.com.my serta saluran media sosial PLUS.
Selain itu, Zakaria berkata, PLUS juga akan memastikan tiada penutupan lorong atau kerja penyelenggaraan serta naik taraf atau pembinaan dilaksanakan bermula esok hingga 25 Oktober ini.
Katanya, pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor supaya dinasihatkan menggunakan lebuh raya sebelum pukul 10 pagi.
“Pengguna lebuh raya dari negeri berkenaan yang bergerak pulang ke Lembah Klang bermula 24 hingga 26 Oktober pula disarankan supaya memasuki lebuh raya sebelum pukul 10 pagi.
“Untuk perjalanan yang lebih selesa, PLUS dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan Ujian Awam SmartLane di laluan Bukit Tambun-Plaza Tol Juru dan Sungai Petani Selatan-Hentian Sebelah Tikam Batu untuk mengurangkan kesesakan,” katanya.
Sumber/Foto: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar