Hiburan
"Hati Saya Hancur .." - Kedai Tumbuhan Hiasan Terpaksa Ditutup, Yuna Cari Penyewa Baru
Penyanyi Yuna meluahkan rasa sedih apabila kedai tumbuhan hiasan miliknya, Tiny Forest terpaksa ditutup.
Kedai yang beroperasi di SS15, Petaling Jaya itu tidak dapat diuruskannya lagi disebabkan jadual kerjaya yang padat.
"Selamat tinggal kedai kecil. Hati saya hancur dan saya berharap kami tak perlu pindah.
"Tapi kehidupan saya menjadi sangat sibuk kebelakangan ini dan tiada cara lagi untuk menguruskan kedai ini," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelantun lagu Crush menyatakan kedai itu sangat bermakna buatnya dan ibu.
"Terlalu banyak memori indah di Tiny Forest SS15 ini di mana saya mengecat dinding dan melukisnya sendiri.
"Saya dan ibu membangunkan perniagaan ini bersama-sama sehingga terhasilnya kedai yang comel ini.
"Saya harap ada yang nak sewa tempat ini atau saya terpaksa tinggalkan semua perhiasan ini.
"Walau bagaimanapun, kini kami berada secara atas talian sepenuhnya," tulisnya lagi.
Must-Watch Video