,
Hiburan

Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

Asyikin Mayudin
12/04/2024
06:32 MYT
Dugaan buat pelakon terkenal Fasha Sandha apabila dia dijangkit virus Covid-19 ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman suaminya, Aidil Aziz di Rembau, Negeri Sembilan.
Fasha menerusi Instagram pada Jumaat berkata dia mula melakukan pemeriksaan covid selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak raya pertama.
“Hati siapa yang tidak hancur... kisahnya sejak raya pertama terus bersin tanpa berhenti. Ingatkan nak selsema biasa saja... husnuzon. 13 jam dalam perjalanan dari Rembau, berhenti KL sekejap, sambung perjalanan ke Perlis.
“Makan apa-apa rasa tawar, hati ni tiba-tiba rasa tak sedap hati, terus pegi klinik dan check covid sebelum nak jumpa keluarga di Perlis. Ya benar, berjaya mendapat covid dari Rembau. Nasib la, pergi check, kalau tak check, makanya saya membawa virus ni ke semua di perlis.
“Dah la di Perlis ni ada ramai orang tua dan berisiko tinggi. Alhamdulillah Allah lindung diorng daripada Covid. Ini Dugaan raya kami,” kongsi Fasha turut berkongsi video dia menangis apabila mengetahui dirinya dijangkiti virus itu.
Pada perkongsian yang sama, Fasha mengakui dia berasa amat sedih apabila rancangannya untuk beraya bersama keluarga di kampungnya di Perlis hancur disebabkan sikap orang lain yang pentingkan diri sendiri.
“Sedih tak dapat beraya dengan keluarga perlis satu perkara. Lagi satu sedih teramat sebab 99 peratus di sana bila kami beritahu kena covid diorang mengganggap ni demam biasa saja. Siapalah yang keluar beraya masa ada virus ni kan. Memanglah selfish.
“Kerana kau punya selfish, kau tahu kau tak sihat, tetap keluar beraya, pass virus pada orang lain. Hancur plan raya saya dengan keluarga Perlis saya.
“Hari ni sambung perjalanan kami ke KL, 10 jam lagi nak mengadap jalan jam,” ujarnya.
Beraya sambil kuarantin di rumah sehingga Ahad, Fasha turut menjelaskan dia berkongsi perkara itu kerana mahu memberi peringatan kepada pengikutnya agar sentiasa menjaga diri ketika menyambut hari raya.
“Dan inilah kisah raya kami keluarga kecil. Beraya sambil kuarantin sampai Ahad. Tak apa, kami berenam saja raya sambil kuarantin. Dugaan kami.
“Tujuan saya kongsi perkara ni adalah untuk memberikan peringatan pada followers saya... untuk stay safe. Pakai face mask, jangan bersentuh-sentuh sangat. Biarlah orang nak kata kita sombong daripada dapat penyakit untuk keluarga kita,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

gempak
19/06/2024
05:25 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang mengelirukan mengenai berpuasa di hari Tasyrik.
Berita

Hasrat Balik Raya Tak Kesampaian, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Rehat Tepi Jalan

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Seorang lelaki tidak sempat pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam, Gua Musang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha apabila maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dengan motosikal di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.
Berita

Di Indonesia, Ada Yang Sudah Raya & Solat Aidiladha Hari Ini

gempak
16/06/2024
04:47 MYT
Pemerintah Indonesia sebelum ini memutuskan Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah 1445 H atau pada Isnin, 17 Jun 2024 (esok).
Berita

Ambang Hari Raya Aidiladha, Ini Jangkaan Jumlah Kenderaan Guna Lebuh Raya Utama!

gempak
15/06/2024
12:55 MYT
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2 meningkat sehingga 2.52 juta sempena perayaan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini.
Hiburan

Air Mata Elisya Mengalir Berkongsi Fasal Fasha Sandha - “Tak Ada Kata Dapat Digambarkan Tapi Saya Memang…”

gempak
08/06/2024
07:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi mengenai kakaknya yang juga aktres Fasha Sandha yang sentiasa berada bersamanya.