,
Laman Utama

Hasrat Nafiez Zaidi Nak Peristerikan Fify Azmi Tidak Kesampaian - “Dah Cuba Pertahankan Tapi Dia Berkeras Untuk berpisah”

Asyikin Mayudin
08/08/2023
23:50 MYT
Pelakon Nafiez Zaidi mendedahkan hubungan dengan aktres Fify Azmi sudah berakhir sejak Hari Raya Aidilfitri selepas dua tahun menyulam cinta.
Nafiez turut mengakui mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Disember tahun lalu namun menangguhkannya atas permintaan bekas kekasihnya.
“Ya, saya dan Fify sudah tiada apa-apa hubungan sejak raya puasa lalu. Memang betul sebelum ini keluarga saya sudah merisik Fify dan kami dah ada tarikh untuk bernikah pun.
“Ikutkan perancangan asal, kami patutnya bernikah pada Disember tahun lalu. Tapi masa saya tengah jalani penggambaran filem MALBATT di Turki, Fify ada hubungi saya untuk minta tangguh pernikahan kami.
“Masa itu, saya ikutkan sahaja kemahuan dia… tapi sejak itu juga, hubungan kami semakin renggang. Ada banyak perselisihan faham antara kami dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah,” katanya kepada Gempak.
Nafiez ditemui ketika majlis tayangan filem MALBATT: Misi Bakara yang diadakan di GSC Cinema, IOI City Mall 2, Putrajaya pada Selasa.
Bukan berpunca daripada orang ketiga atau imej seksi Fify, Nafiez memberitahu dia sudah mencuba untuk mempertahankan hubungan mereka namun aktres itu tetap mahu berpisah.
“Bukan sebab orang ketiga atau penampilan seksi dia menjadi punca kami berpisah. Tapi mungkin bagi dia, tiada keserasian lagi. Saya ada juga usaha untuk pertahankan hubungan kami, tapi Fify yang berkeras untuk berpisah.
“Untuk kebaikan, kita pun berpisah la. Kami masih berkawan tapi sudah lama tak berhubung. Kalau boleh, nak profesional, boleh berkawan, lepak dan bekerjasama,” ujarnya.
Hubungan cinta Nafiez dan Fify mula diketahui umum sekitar Disember 2021 dan keluarga aktor itu dikhabarkan sudah menghantar rombongan merisik pada Jun 2022.
BACA SINI: [VIDEO] Teruja Pertama Kali Pakai Inai, Netizen Ingat Fify Azmi Dah Bertunang Dengan Nafiez Tapi Rupa-Rupanya…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kongsi Momen Bersama, Fify Azmi & Niezam Zaidi Sedang Hangat Bercinta? - “He Is Not A Bad Boy… My Good Man”

gempak
11/09/2024
03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok Fify Azmi memperlihatkan momen-momen romantik aktres itu dengan aktor Niezam Zaidi menarik perhatian netizen.
Hiburan

Pernah Berkawan Rapat, Fify Azmi Akui Sudah Unfollow Syazwan Zulkifly - “Kami Tak Gaduh, Cuma...”

gempak
30/05/2024
05:55 MYT
Pelakon, Fify Azmi memaklumkan bahawa dia memilih untuk tidak lagi mengikuti aktor, Syazwan Zulkifly di media sosial walaupun pernah berkawan rapat.
Laman Utama

[VIDEO] Teruja Pertama Kali Pakai Inai, Netizen Ingat Fify Azmi Dah Bertunang Dengan Nafiez Tapi Rupa-Rupanya…

gempak
25/10/2022
00:55 MYT
Tak sabar nak tunggu hari bahagia Fify & Nafiez!
Laman Utama

Bekas Kekasih Yakin, Fify Azmi Tak Bersalah- “Saya Kenal Dia Macam Mana…”

gempak
26/06/2022
23:50 MYT
Mungkin dia lebih mengenali
Laman Utama

"Semoga Bertaubat & Berubah!" - Fify Azmi Berang PA Bawa Lari RM15,000, PA Pula Kata Tak Perasan Masuk Akaun!

gempak
08/06/2022
17:10 MYT
Semoga baik-baik sahaja.