,
Hiburan

Harumkan Nama Malaysia, Mugen Rao Raih Gelaran Juara Program Realiti TV India 'Bigg Boss'!

Kamaruddin Razal
07/10/2019
21:37 MYT
Peserta Malaysia, Mugen Rao Prakash Rao mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang program realiti televisyen popular negara India, Bigg Boss musim ketiga.
Menjadi peserta Malaysia pertama yang menyertai program itu, Mugen Rao mencatatkan kemenangan manis apabila meraih lebih 700 juta undian mengatasi peserta lain.
Menewaskan tiga finalis di peringkat akhir Bigg Boss musim ketiga yang disiarkan pada 6 Oktober lalu, jejaka kacak ini meraih hadiah berupa trofi dan wang sebanyak 50 Lakh Indian Rupee (RM294,390).
Biarpun pada awalnya kehadiran Mugen tidak begitu mendapat perhatian penonton, lelaki ini perlahan-lahan mencuri hati peminat dengan personalitinya yang menyenangkan, kebaikan yang ditonjolkan serta kebolehannya menyanyi dengan spontan.
Diadaptasikan dari rancangan realiti popular dunia Big Brother, Bigg Boss musim ketiga mula disiarkan pada 23 Jun lalu dan dihoskan oleh selebriti terkenal India, Kamal Haasan.
Sumber: Astro Ulagam, Rojak Daily
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Sangat Bermakna, Hanya Dapat Sekali Seumur Hidup” – Mugen Rao, Juara Bigg Boss 3 India

gempak
16/10/2019
11:03 MYT