Viral
Harumkan Nama Malaysia, Jofliam Tersenarai Dalam 100 Chef Pizza Terbaik Dunia - “Saya Tahu Isu Panas Hari Ini Akan Buat Pencapaian Ini Tak Dihargai”
Meskipun sedang berdepan dengan masalah rumah tangga namun pempengaruh dan usahawan Jofliam telah mengharumkan nama Malaysia apabila tersenarai dalam 100 Chef Pizza Terbaik Dunia, di Milan, Itali.
Banggakan Malaysia
Menganggap tugasnya sudah selesai, Jofliam menerusi perkongsian di Instastory memaklumkan dia berjaya menduduki tempat ke 99 terbaik dunia.
“Anak Malaysia. Sejarah tercipta. Nombor 99 terbaik dunia. Siapa sangka ada anak Malaysia. Tugas saya selesai. Tugas saya selesai,” kongsinya.
Tak dihargai
Pada perkongsian lain, Jofliam bagaimanapun menganggap pencapaiannya itu tidak akan dihargai disebabkan isu panas melibatkan rumah tangganya yang sedang hangat diperkatakan.
Malah, Jofliam yang terkenal dengan pizzza wagyu yang dihasilkan sendiri itu juga berkata dia enggan menjadi contoh yang tidak baik pada sesiapa.
“Tugas saya selesai. Saya tahu isu panas hari ini akan buat pencapaian ini tak dihargai. Saya dah tak nak menjadi contoh yang tak baik pada sesiapa.
“Jika bukan hari ini, mungkin satu hari nanti akan ada yang menghargai kejayaan ini. Signing off. Maafkan saya semua. Maafkan saya. Jaga diri,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan
ARTIKEL BERKAITAN: Difitnah Curang Dengan Staf Sendiri? Jofliam Tampil Pertahan Diri - “Setelah Saya Sedar, Saya Dengan Cik Epal Bukan Lagi Suami Isteri.."
ARTIKEL BERKAITAN: Swafoto Jofliam Bersama ‘Dewi’ Tular, Netizen Mulakan ‘Operasi Serang’ Wanita Didakwa Punca Konflik Berlaku - “Saya Tahu Ada Gambar…”
ARTIKEL BERKAITAN: Pizza Jofliam Wakil Malaysia Bertanding Di Itali, Dapat Top 4 Daripada 50 Seluruh Negara!
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Tak Ternilai Harga Cinta & Setia Dia” - Hadiahkan Jam Hampir RM100,000, Ramai Puji Cik Epal Tak Berkira Dengan Suami
Terdahulu, Jofliam meluahkan rasa kecewa apabila dirinya difitnah dan mendedahkan semuanya berpunca apabila dia membawa staf wanitanya bernama Dewi dan pasukan pizzanya ke Jepun.
Malah, bapa dua anak itu turut mendedahkan salah seorang staf telah menuduh dia berlaku curang terhadap isterinya, Cik Epal.
Tidak terhenti disitu, usahawan piza itu turut mendedahkan dia, Cik Epal dan Dewi sudah bersemuka untuk menjernihkan segala sengketa.
Must-Watch Video