,
Hiburan

Harumkan Nama Malaysia, Anak Saudara Siti Nurhaliza Rangkul Pingat Emas Dalam Pertandingan WCOPA Ke-27

Muhammad Firdaus
06/07/2024
06:04 MYT
Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umai, berjaya merangkul pingat emas di 2024 Junior Champion Vocalist menerusi pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Los Angeles pada Sabtu.

Siti Ucap Tahniah

Umai atau nama sebenarnya Ummi Umairah Saiful Anuar, 13, mempertaruhkan lagu berjudul A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin berjaya menewaskan empat finalis lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.

"Tahniah Umai...

Berita baik itu dikongsi oleh Siti Nurhaliza menerusi hantaran di Instagram di mana penyanyi itu menzahirkan rasa bangga terhadap Umai kerana berjaya membawa pulang pingat emas dan mengharumkan nama negara.

BERITA TRENDING:Umai Mendonia! Bawa Nama Malaysia Ke WCOPA 2024 Di US Dengan Lagu Cindai, Netizen Terpegun - “Merdunya Suara, Flying High Macam Makcik Awak”

"Alhamdulillah, tahniah Umai berjaya bawa pulang pingat emas dan harumkan nama negara," katanya.

​BERITA TRENDING:“Bila Orang Puji Jangan Meninggi Diri, Selalu Rasa Ada Kekurangan” - Siti Titip Nasihat, Doakan Yang Terbaik Buat Umai

Bukan itu sahaja, sebelum kemenangan Umai, pelantun lagu Purnama Merindu tersebut dilihat teruja memuat naik video anak saudaranya membuat persembahan dengan baik.

​BERITA TRENDING:Tular Video Umai Menangis Belajar Vokal, Siti Sairah Nafi Paksa Anak Jadi Penyanyi - “Saya Hanya Beri Yang Terbaik Untuk Dia”

Selain itu, Siti turut memuji persembahan peserta lain yang dianggap sebagai pesaing sengit Umai.

​BERITA TRENDING:Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”

Untuk info, pada saringan pertama Umai bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety sebelum berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B.
Umai kemudiannya mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.