,
Hiburan

Harum Setangkai Doa Dedikasi Inteam buat Allahyarham Suhaimi Saad

Umirah Halim
10/01/2024
13:00 MYT
Berita pemergian Allahyarham Suhaimi Saad bekas anggota Inteam, pada November tahun lalu sudah pasti telah mengejutkan peminat industri muzik tanahair.
Begitulah juga yang dirasakan oleh anggota-anggota kumpulan nasyid Inteam yang baru sahaja kehilangan sahabat baik mereka.
Sehubungan itu, baru-baru ini, Inteam melancarkan single berjudul Harum Setangkai Doa sebagai dedikasi untuk sahabat mereka yang telah pergi ini. Lagu ini telah mendapat respon positif dari peminat yang rata-ratanya menulis komen menyatakan sedih dan menangis apabila mendengar lagu tersebut.
Ketua kumpulan Inteam Syah Berkongsi berkenaan pemergian Allahyarham Suhaimi Saad pada usia yang muda sangat mengejutkan.
"Pemergian Allahyarham boleh dikatakan agak mengejut, beliau hanya sakit dalam tempoh lebih kurang 3 bulan, dan kami sempat menziarahi beliau di Johor ketika sakit beberapa minggu sebelum beliau menghadap Ilahi" ujar Syah, selaku ketua Kumpulan Inteam.
Abdul Rahim Inteam pula berkongsi bahawa dia redha dengan pemergiannya dan terharu kerana diberi peluang oleh keluarga untuk menguruskan jenazah Allahyarham Suhaimi.
"Walaupun sedih, kami redha dengan pemergian sahabat kami dan bersyukur kerana selepas kematian beliau banyak cerita-cerita dan pesanan kebaikan beliau yang disebarkan oleh masyarakat, semoga ia menjadi pahala jariah buat almarhum"
"Kami juga rasa sebak dan terharu kerana diberi keizinan oleh keluarga beliau untuk memandikan dan menguruskan jenazah almarhum sehinggalah selesai proses pengebumian" tambah Rahim lagi.

Artikel Berkaitan: “Miskin, Kaya, Semua Dia Bantu” - Ina Naim Dedah Arwah Suhaimi Saad Gemar Bersedekah, Tak Pernah Iri…

Manakala bagi seorang lagi anggota Inteam, Hazamin yang berada di Mekah ketika kejadian itu, berkongsi bahawa dia sempat menunaikan ibadah umrah badal sebagai hadiah untuk Allahyarham.
"Sewaktu berita kematian beliau diterima, saya sedang berada di dalam keretapi laju dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.
Tanpa sedar air mata mengalir membasahi pipi bila mengenangkan kenangan-kenangan sewaktu bersama almarhum dulu,” tambah Hazamin Inteam yang merupakan sahabat Suhaimi sejak dari sekolah menengah lagi.
Lagu ciptaan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara ini dilancarkan pada 5 Januari lalu di rangkaian Youtube Inteam Digital dan seluruh platform digital seperti Spotify, Deezer, KKBox, Joox dan Apple Music.
Sekadar info, kumpulan Inteam ini telah ditubuhkan sejak tahun 2005.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dikecam Tak Tangisi Pemergiaan Suhaimi Saad, Ina Naim; “Lainlah Kalau Suami Meninggal Dalam Keadaan Mati Katak Atau Buat Maksiat…”

gempak
29/06/2024
02:55 MYT
Ketabahan isteri kepada Allahyarham penyanyi dan bekas ahli kumpulan In-Team, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim yang tidak menitiskan air mata ketika pemergian arwah menarik perhatian netizen.
Hiburan

Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."

gempak
18/05/2024
15:35 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim berkongsi kenangan dan kata-kata akhir arwah suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Hiburan

Inteam Abadikan Suhaimi Saad Dalam Lagu, Bersyukur Banyak Cerita Kebaikan Arwah Keluar Selepas Meninggal

gempak
23/03/2024
04:55 MYT
Kumpulan nasyid Inteam, berkongsi cerita tentang persahabatan mereka bersama Allahyarham Suhaimi Saad yang meninggal dunia pada 15 November lalu. Menurut Inteam, mereka bersyukur apabila pemergian Suhaimi dipenuhi dengan banyak cerita-cerita kebaikannya ketika masih hidup. “Kali terakhir kami menziarahi arwah Suhaimi, dia memang dah sakit
Hiburan

Dipilih Inteam Untuk Rabiatul Adawiyah 2024, Khai Bahar; "Lagu Ini Sangat Disukai Arwah Ibu Saya"

gempak
09/03/2024
12:13 MYT
Selepas 23 tahun, lagu Rabiatul Adawiyah dirakamkan semula Inteam bersama Khai Bahar.
Laman Utama

“Miskin, Kaya, Semua Dia Bantu” - Ina Naim Dedah Arwah Suhaimi Saad Gemar Bersedekah, Tak Pernah Iri Hati

gempak
22/11/2023
09:55 MYT
Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah