,
Hiburan

Harris Baba Bawa Akon Datang Malaysia 19 November Ini!

Amri Hassan
11/09/2024
03:33 MYT
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Akon bakal singgah ke Malaysia sempena konsert Akon The Superfan Tour Live in Malaysia & Singapore pada November depan.

BERITA TRENDING: Ada Banyak Isteri, Penyanyi Akon: “Anda Tak Boleh Pakai Benda Sama Setiap Hari”

Akon The Superfan Tour in Malaysia bakal berlangsung pada 19 November 2024 di Mega Star Arena Kuala Lumpur dan Akon The Superfan Tour in Singapore pada 20 November 2024 bertempat di Arena @ Expo Hall 7 Singapore.
Kedua-dua konsert itu dibawakan oleh Harris Baba menerusi syarikatnya Jeeharris Entertainment.
“Sebenarnya, perancangan untuk membawa Akon sejak Disember tahun lalu dan membawa ke awal tahun ini. Jadi, ia mengambil masa tujuh hingga lapan bulan untuk memuktamadkan dengan ejen tempahan saya dan pengurusan Akon. "Terdapat begitu banyak perubahan dari segi jadual persembahan hingga akhirnya memutuskan pada November. Alhamdulillah, ini adalah satu kejutan yang besar dan benar-benar, rezeki saya.
“Paling unik mengenai konsert Akon ini adalah saya satu-satunya penganjur yang melakukannya di dua negara dalam masa sebulan. Sebelum di Malaysia dan Singapura, difahamkan dia akan membuat persembahan di beberapa negara Asia yang lain. Jadi, ia adalah sangat istimewa untuk syarikat saya yang bermula di Sabah, bukan di Kuala Lumpur.
“Malah, artis antarabangsa pertama syarikat saya juga adalah Akon. Ini benar-benar nikmat yang besar, alhamdulillah. Kalau ditanya apakah yang mendorong saya untuk menganjurkan konsert Akon di Kuala Lumpur dan Singapura, bagi saya ia benar-benar rezeki dan sudah tentu dengan pasukan saya dan rakan kongsi yang mana kami sudah bekerja keras selama tujuh hingga lapan bulan terakhir ini. Kami sangat menantikan detik-detik ini nanti,” katanya.
Tambahnya lagi Akon merupakan seorang penyanyi yang unik dan mempunyai kekuatan yang tersendiri serta mempunyai peminatnya yang besar di Malaysia dan Singapura. Rangkaian lagu-lagunya telah lama menjadi popular dicarta billboard antaranya 'Lonely' , 'Sexy Chick' , 'Smack That' , 'Right Now' , 'I Wanna Love You' , 'Dont Matter' dan banyak lagi. Sehingga ke hari ini lagu-lagunya masih diputarkan dan pasti peminatnya tidak sabar menonton di pentas berskala besar.

BERITA TRENDING: "Islam Kunci Kejayaan Saya" - Penyanyi Rap Akon Tunai Umrah Lagi

Menurutnya, pengalaman sepanjang menganjurkan pelbagai acara dan dua konsert di Sabah selain kerjasama daripada semua pasukan digunakan sebaiknya dalam menjayakan Akon The Superfan Tour Live in Malaysia & Singapore.
“Itulah sebabnya mengadakan acara dan konsert bukanlah atas bahu saya seorang. Sebaliknya, kerja berpasukan yang betul dan kukuh. Jadi, dari pengalaman lepas sekarang kita naikkan skala dan buat pula artis ‘A Listers’ dari Amerika,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Harris berkata dia merancang untuk membawa dan menganjurkan lebih banyak konsert hebat artis ternama di Singapura dan Malaysia.
“Setakat ini, satu-satunya artis antarabangsa yang saya bawa ialah Akon. Artis lain yang saya sudah berhubung dengan pihak pengurusan mereka dan saya akan menjanjikan senarai artis antarabangsa terbaik yang akan mengadakan persembahan sehingga tahun 2025. Saya pasti peminat di Malaysia dan Singapura tidak sabar menantikan senarai artis antarabangsa yang akan kami bawa.
“Saya juga sudah pun merancang yang mana sepanjang tahun depan, insya-Allah berharap semuanya berjalan seperti yang dirancang dan kami boleh membawa masuk ramai lagi artis ke Singapura dan Kuala Lumpur,” katanya.
Penjualan tiket untuk menyaksikan konsert Akon di kedua-dua lokasi mula dibuka secara pra jualan bermula 18 September bagi pra pendaftaran, 19 pra pendaftaran jualan dan 20 September untuk jualan keseluruhan.
Tiket bagi Akon Live in Malaysia boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com dan Akon Live in Singapore di www.sistic.com.sg
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

IShowSpeed Tiba Di KL, Terima Baju Batik, Gundam Daripada peminat

gempak
18/09/2024
05:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kini berada di Malaysia sempena siri jelajah sulungnya ke Asia Tenggara.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.