,
Laman Utama

“Haritu Dah Tebuan Kali Ini…” - Tragedi Raya Harris Annuar, Mata Sampai Berbalut

Mya Amri
07/05/2022
06:30 MYT
Pelakon Harris Annuar mendapat perhatian netizen selepas mendedahkan foto matanya berbalut dengan kain.
Menurut Harris, dia pasrah dengan kejadian malang kali kedua yang berlaku pada dirinya.
“Hari itu dah tebuan kali ini haihhh. Itulah orang cakap jangan main basikal waktu-waktu raya degil.
“Tragedi malam raya kedua. Alhamdulillah tiada kecederaan yang serius. Calar sikit saja,” katanya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga mendoakan kesembuhan Harris.
Antaranya Catriona Ross, Hun Haqeem dan Ozlynn.
“Ya Allah semoga cepat sembuh,” komen pereka fesyen, Hatta Dolmat.
“Weh apa sudah jadi,” komen Ozlynn.
“Harap mata awak okay ya Aboy,” komen Catriona Brian Ross.
Bagaimanapun dalam perkembangan terkini hari ini Harris memaklumkan sakitnya itu sudah hampir sembuh.
“Okay muka dah okay sikit. Cuma parut sahaja yang ambil masa sikit,” maklumnya.
Sebelum ini, Harris mendapat perhatian netizen kerana disengat lebah sehingga menyebabkan bibirnya bengkak teruk.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

6 Terbunuh, Puluhan Cedera Bas Jatuh Dalam Gaung Di Barat Daya Pakistan

gempak
15/09/2024
08:55 MYT
Sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di Wilayah Balochistan, barat daya Pakistan pada Sabtu menyebabkan enam orang terbunuh dan 24 lagi cedera, menurut polis, lapor Xinhua.
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Viral

Kejadian Sama Masih Berulang, Pemuda Nyaris Cedera Terpijak Paku Terpacak Di Rawang

gempak
01/09/2024
11:25 MYT
Tular sepotong video memaparkan seorang lelaki hampir tercedera selepas terpijak satu objek tajam seperti paku di atas sebuah jalan raya di Emerald, Rawang.
Berita

Dua Cedera Selepas Kereta Dinaiki Tiba-Tiba ‘Ditelan’ Ke Dalam Tanah

gempak
29/08/2024
09:55 MYT
Dua orang cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terjerlus ke dalam lubang benam di Seoul pada Khamis.
Berita

Dua Pesawat TUDM Bawa Rakyat Palestin Cedera Selamat Tiba Di Pangkalan TUDM Subang

gempak
16/08/2024
08:51 MYT
Dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rakyat Palestin yang cedera, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.